300 hadir memberikan sokongan Suwandi dan Azman saman kerajaan
Ditulis oleh SM Noor
dipetik: buletinonline
Kuala Terengganu, 27 Dis; 9.15am - Tiga ratus orang hadir di perkarangan mahkamah Kuala Terengganu untuk memberikan sokongan kepada Suwandi dan Azman yang memfailkan saman kepada pihak polis dan kerajaan Malaysia
Saman Suwandi yang difailkan oleh Wan Mutalib & Co dan Azman oleh Tetuan Haris & Co. sampai diperkarangan mahkamah Kuala Terengganu sekitar jam 9.15 pagi. Kehadiran mereka disambut dengan seruan 'Allah yang maha Besar' oleh orang ramai yang hadir di situ.
Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Tuan Hj Yahaya Ali, memberikan sedikit penerangan kepada orang ramai yang hadir, dan meminta Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Hj Azman Shapawi Abd Rani mengetuai doa, memohon supaya Allah memberikan keberkatan dan perkenan.
Selepas berdoa, orang rmai berarak menuju ke pintu pagar mahkamah dan dihalang oleh seorang polis yang telah ada disitu sejak pagi. /
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
8 hours ago
0 comments:
Post a Comment