Azamin Amin
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Hrkh) - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) disarankan supaya sesekali, merenung luahan sebilangan rakyat geladangan dan marhaen yang tiada kaedah untuk meluahkan rasa hati di atas tindakan dan sikap polis yang seringkali 'mengasak' dan 'menghimpit' mereka biarpun mereka sekadar memperjuangkan hak mereka sebagai rakyat Malaysia.
Luahan ini saya kutip laman web my.opera.com atau laman marhean untuk muhasabah bersama supaya mana yang baik dijadikan tauladan dan mana yang buruk dijadikan sempadan.
Petikan ini diambil daripada tulisan poster-poster yang disiarkan di laman web tersebut yang diolah kembali seperti karangan sepucuk surat kepada yang berkenaan:-
Jutaan Terima Kasih kepada POLIS,
"Kami Rakyat Malaysia amat berterima kasih di atas budaya sopan santun pasukan Polis 'Bermaharaja Lela' Di Malaysia selama ini. Segala sepak terajang, semburan air asid, gas pemedih mata, hayunan belantan, tumbukan, siksaan, kata nista, maki hamun, cacian, kejian, carutan, hentakan dan belasahan pasti kami kenang sehingga akhir hayat kami."
"Memang kami akui ini semua kesilapan kami kerana cuba menegakkan keadilan di bumi Malaysia ini daripada penghisap harta negara. Walaupun kami tahu sekiranya kami berjaya sudah tentu ianya akan membawa kebaikan juga kepada anda semua tapi kami terlupa yang anda semua rela menjadi 'pengikut' kepada ketua-ketua dan 'pemimpin-pemimpin' anda yang korup.
"Maafkan kami sekali lagi kerana menyusahkan kalian dengan berdemo menuntut macam-macam perkara. Kami tahu anda telah pun hidup mewah. Gaji anda 'Berbelas Ribu RM seorang sebulan'. Kami lain, miskin tak berduit. Bukan macam anda dan bos-bos anda, kaya raya. Macam-macam kami kena fikirkan, mana nak bayar yuran sekolah, pakaian anak-anak, bayar kereta, bayar rumah, bayar tuisyen.... pening-pening. Sebab itu kami menuntut hak kami. Anda tak apalah, sebab anda polis, gaji mahal......"
"Apa pun terima kasih sekali lagi dari kami atas kemuliaan budi pekerti kalian. Hanya tuhan saja yang dapat membalasnya. Amin......"
POLIS...,
1.Mempertahankan pemimpin yang rasuah, pencuri harta negara tapi... kamu menentang orang yang ingin menyelamatkan negara kamu.
2.Memukul rakyat yang tak bersenjata yang berkumpul secara aman... sedangkan kau lengkap bersenjata dan berperisai.
3.Memberi nafkah kepada anak isteri hasil dari sumber memukul orang yang tak bersalah... sedangkan apa yang mereka perjuangkan untuk kebaikan kamu sekeluarga juga.
4.Sepatutnya kamu adalah pasukan paling alim sekali kerana di topi kamu ada kalimah Allah & Muhammad... tapi nampaknya pasukan kamu paling zalim sekali.
5.Kamu bertungkus-lumus tak tidur malam dan siang untuk menghimpunkan dosa kering... sedangkan 'penyangak' yang kamu bela tidur lena di mahligai serba mewah. |more...|
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
8 hours ago
0 comments:
Post a Comment