KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 27, 2007

TOL – SAMPAI BILA PEMERINTAH MAHU MENANGGUNG DOSA?

http://img129.imageshack.us/img129/4111/kempentolnaikca1.png

dipetik: islamsyumul.blogspot.com

Bermula tahun depan, kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan lagi. Kali ini kita mendengar alasan yang sama sekali lagi diberikan – bahawa ini adalah hak syarikat-syarikat konsesi terbabit sebagaimana termaktub di dalam perjanjian. Maksudnya, ini bukan salah kerajaan, tapi perjanjian telah pun tertulis, apa boleh buat! Sebelum ‘menyeksa’ rakyat, kerajaan akan melipur lara terlebih dahulu tentang ‘penderitaan’ yang ditanggung oleh kerajaan selama tol tidak dinaikkan di mana kerajaan telah membayar ratusan juta ringgit kepada syarikat konsesi sebagai subsidi. Sudah sekian lama kerajaan ‘menanggung sengsara’ untuk rakyat, jadi, sudah masanya rakyat berkongsi penderitaan ini dan memahami kenapa tol perlu dinaikkan. Kadar kenaikan juga sering dikatakan masih rendah berbanding perjanjian asal dan jauh lebih murah berbanding dengan negara lain. Pujukan manis seperti ‘kerajaan menjamin bahawa kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat’ sering dibisikkan untuk memuaskan halwa telinga. Apa pun, rakyat yang sudah sedia terbeban kehidupan mereka dengan kenaikan harga minyak, barang dapur, kos pengangkutan dan harga berbagai barangan keperluan lain, kini sekali lagi dipaksa menerima hakikat kenaikan tol di beberapa laluan utama di seluruh negara.

Dalam kes kali ini, kerajaan telah memaklumkan bahawa enam syarikat konsesi lebuh raya telah diberi kebenaran untuk menaikkan tarif tol lebuh raya masing-masing antara 7-50% mulai 1 Januari 2008 seperti yang termaktub di dalam perjanjian konsesi. Enam lebuh raya tersebut adalah Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah, Lebuh Raya Kulim Butterworth, Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru serta Tambak Johor dan Plaza Bukit Kayu Hitam. Sehubungan dengan itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu telah mengumumkan bahawa kerajaan terpaksa menanggung bayaran pampasan kepada syarikat-syarikat yang tidak diluluskan untuk menaikkan kadar tol mereka pada tahun depan oleh kabinet. “Keseluruhan pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya adalah sebanyak RM344 juta” , katanya [UM 28/11/07].

Sebelum itu, kerajaan telah memaklumkan bahawa pandangan semua tentang soal tol akan diambil kira dalam membuat keputusan. “Kita akan mengambil pandangan dari semua pihak” , kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak [UM 23/11/07]. Jika di tanya, semua pihak tu siapa? Adakah pandangan rakyat yang menderita disebabkan tol diambil kira? Atau semua pihak itu bermaksud pihak kerajaan dan pihak konsesi? Yang lebih penting dan satu-satunya yang paling penting, adakah pandangan syara’ telah diambil kira? Apakah ketentuan dari Allah dan Rasul telah diambil kira? Bukankah setiap tindak tanduk (perbuatan) manusia adalah tertakluk kepada hukum syara’? Bukankah hukum Allah itu sempurna dan mencakup setiap aspek kehidupan sehingga akhir zaman? Jadi, apakah soal ‘tol’ boleh ditentukan sesuka hati oleh manusia tanpa memandang hukum-hakam Islam mengenainya? Atau ada yang beranggapan bahawa agama Islam ini tidak sempurna sehingga tidak membincangkan persoalan tol? Na’uzubillah!. Inilah yang akan diperkatakan dalam Sautun Nahdhah pada kali ini. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive