RM 27500.00 Untuk Kelab UMNO Selangor Di Mesir
dipetik: aqustatic.blogspot
Sepatutnya artikel di bawah sudah lama saya masukkan di dalam entry ini, namun kesibukan membataskan masa. Alhamdulillah, selepas Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke-25 selesai, saya mempunyai sedikit kelapangan untuk kembali mencoretkan sesuatu di dalam blog ini. Berikut adalah petikan yang telah mendatangkan satu amarah yang tidak dapat dibendung oleh saya...
Apakah malang nasib rakyat ? Ada di antaranya yang kekurangan wang dan sumber pendapatan. Peruntukan RM 27500.00 pula yang telah ditagih oleh Badan Perhubungan Negeri Selangor, Kelab UMNO Kaherah. Dana yang diminta sempena lawatan rasmi menteri besar Selangor, Dato’ Dr. Mohamad Khir bin Toyo bukan satu lagi omongan kosong.
Lawatan menteri besar tersebut yang dijangkakan tiba ke Mesir di awal bulan september 2007 ini, telah dijadikan sebagai platform awal bagi memperkenalkan figura-figura UMNO untuk menjayakan agenda imperialis UMNO di kampus antarabangsa.
Lantaran itu, kesatuan anak-anak Melayu di Mesir terus dicemari dengan kewujudan proksi-proksi UMNO yang menjadi pressure group, menghasut khalayak mahasiswa al Azhar untuk diinjak oleh politik penguasa.
Melihat kepada senario yang berlaku kepada situasi mahasiswa Selangor khususnya, pihak pegawai negeri yang dilantik lebih terbuka untuk membiarkan mahasiswa al Azhar diperalatkan oleh Kelab UMNO di Mesir. Aktiviti persatuan anak Selangor, kerap kali dibelenggu oleh kongkongan pegawai sehingga mereka tidak berupaya merencanakan program dengan baik. Penulis menyaksikan sendiri sikap tidak professional pegawai yang boleh dianggap sebagai kebudak-budakan, malah diberitakan beliau pernah melakukan ugutan agar usaha kebajikan anak Selangor diserahkan kepada Kelab UMNO jika tuntutannya tidak dipenuhi.
Ideologi politik kepartian yang dibawa oleh Kelab UMNO inilah merupakan punca kepada keretakan ukhuwwah sesama mahasiswa di Mesir. Selama ini anak-anak Selangor yang sedang belajar mahupun yang akan tiba di Mesir, sering bergelut dengan sisa-sisa ekstrem seperti ugutan dermasiswa zakat dipotong, dibuang dari hostel dan sebagainya. Sedangkan, Kelab UMNO yang wujud tidak ubah (resemblance is undeniable) seperti personaliti Haman yang cukup popular disebut dalam al Quran sebagai pengadu domba kepada cara kerajaan. Sikap paranoid dan.hipokrit (bermuka-muka) memang layaknya ditabalkan kepada pertubuhan Kelab UMNO kerana kerap kali fitnah dilontarkan kepada mahasiswa Selangor sebagai agen kepada ahli pembangkang semahu-mahunya di muka penguasa.
Peruntukan untuk menaja Badan Perhubungan Kelab UMNO Kaherah juga boleh menimbulkan pelbagai andaian, dari mana datangnya duit sebanyak itu ? Barangkali duit yang diperuntukan kepada Kelab UMNO tersebut merupakan wang zakat yang sepatutnya diagih-agihkan kepada mahasiswa Selangor. Untuk pengetahuan pembaca, masih ada di antara anak-anak jagaan negeri Selangor sendiri yang tidak mendapat bantuan dermasiswa daripada Pusat Zakat Selangor sekalipun mereka berhak untuk menerimanya. Anak-anak Selangor yang menjadi mangsa eksperimen ini akhirnya memilih hidup sebagai setinggan, menumpang belas ehsan teman-teman di apartmen yang disewa sekalipun suasana tersebut membuatkan kehidupan belajar tidak selesa.
Sebenarnya, kewujudan Kelab UMNO di Mesir secara tidak langsung telah menyuburkan amalan neofeudalisme (sikap taat setia membabi buta terhadap penguasa) di kalangan agamawan. Zaman feudal di Eropah satu ketika dahulu, penguasa merupakan entiti yang tidak boleh ditentang dan dipertikai oleh rakyat jelata walaupun terdapat bukti penipuan yang dilakukan oleh mereka. Mereka tidak sedar bahawa perjuangan yang mereka bawa adalah perjuangan yang tidak memiliki idealisme tersendiri, dikongkong untuk menurut segala arahan parti pemerintah walaupun dalam perkara yang batil. Anda rasa tuduhan ini bersifat ultra ? Memang penulis selama-lamanya tidak akan bersimpati kepada UMNO selagi mereka menjadi parti dominan bertindak menindas kepada mana-mana ideologi yang lebih tegar berbanding mereka.
Recruitment kepada sebuah parti untuk mendapatkan pelapis kepada agenda politik adalah mengikut laras-laras 'pengasuhnya'. Secara jelas, UMNO sebenarnya telah berjaya membunuh maruah mahasiswa al Azhar menjadi manusia bertaraf "spoon feed" kepada misi mereka. Hal ini turut menyungguhkan dakwaan penulis bahawa UMNO telah merekrut mahasiswa dengan hanya mencipta ruang-ruang murahan dan dana yang begitu tinggi untuk mengekalkan kuasa politiknya di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa keterlibatan mahasiswa al Azhar merupakan strategi UMNO, kerana mereka merupakan grand design kepada hala tuju masyarakat beragama Islam. Secara tidak langsung ia telah menjadi bom yang memusnahkan hujah dan akal budi mahasiswa al Azhar.
Catatan ini, setidak-tidaknya boleh menjadi cermin wajah jujur Kelab UMNO di Mesir yang begitu serius merealisasikan perjuangan kepartian politik pemerintah di bumi perantauan ini. Lihat sahaja lampiran-lampiran yang saya kepilkan bersama di dalam perenggan ini. Objektif yang dirangka oleh mereka sebenarnya hanya merupakan carut-marut matlamat di sebalik sikap mereka yang lebih mementingkan diri sendiri menunggu duit free hasil titik peluh rakyat Malaysia. Jumlah donasi yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan masyarakat, telah dijadikan bahan dagangan politik untuk mencandu minda mahasiswa-mahasiswa lain supaya tunduk menjadi bahan UMNO. Sekiranya institusi ilmu ini dicemari oleh anasir-anasir yang tidak sihat seperti campurtangan parti politik dan habuan wang seperti yang diterima oleh Kelab UMNO di Mesir ini, ia sekaligus memberikan nama buruk terhadap kredibiliti mahasiswa lebih-lebih lagi lepasan daripada al Azhar.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
8 hours ago
0 comments:
Post a Comment