KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 27, 2007

NELAYAN ASING ADA KAD SUBSIDI?

http://www.walhi.or.id/attachment/d016df19778a7c563cd1c99afe29c43a/ec94730c1ac3f8c76c0f7e8313c10a65/pela_nas_dari-atas-rw_kapal-nelayan-di-laut-lepas-dari-atas-kapalrw_2004_afad_150s.jpg

Persatuan Dakwa Nelayan Asing Dapat Subsidi Diesel

PASIR PUTEH, 28 Dis (Bernama)-- Persatuan Nelayan Kawasan Semerak mendakwa pengusaha bot nelayan asing yang menyewa secara gelap lesen kapal milik warga negara tempatan turut mendapat Kad e-Diesel bagi menikmati subsidi bahan bakar itu.

Bot yang menggunakan 100 peratus awak-awak asing juga didakwa mendaratkan sebahagian kecil sehaja hasil tangkapan mereka di Pangkalan Tok Bali di sini semata-mata untuk memenuhi syarat mendapatkan subsidi minyak diesel iaitu sebanyak RM1 setiap liter.

"Sebahagian besar hasil tangkapan dibawa pulang ke negara mereka," kata Pengerusi PNK Semerak Datuk Mohd Jelani Jaafar kepada pemberita di sini.

Lembaga pengarah persatuan itu mengadakan satu mesyuarat tergempar semalam dan mengambil ketetapan mendesak pihak berkuasa supaya memastikan kad e-Diesel diberikan hanya kepada bot milik nelayan tulen daripada kalangan warga negara Malaysia yang menggunakan 50 peratus awak-awak tempatan.

Katanya mekanisme baru hendaklah diwujudkan oleh agensi yang bertanggungjawab bagi mengenal pasti nelayan tempatan di samping mendaftar setiap bot yang dimiliki mereka.

Mohd Jelani berkata walaupun kaedah menyewa lesen bot telah diberhentikan tetapi kaedah sewa lesen tanpa pengetahuan pihak berkuasa masih berlaku dan ini membolehkan penyewa lesen yang biasanya terdiri warga asing terus menikmati subsidi minyak diesel.

Katanya maklumat secara rasmi akan dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Seri Muhyiddin Yassin dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive