KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 27, 2007

PATUTLAH KENA BELASAH

http://newsimg.bbc.co.uk/media/images/42557000/jpg/_42557055_ap_relief416.jpg

Dalam hati bertanya tanya kenapa penduduk kampung belasah kakitangan jabatan Bekalan Air, tentu ada masalah, tapi berita tak siarkan.

Kakitangan JBA Hantar Bekalan Air Dipukul Penduduk Kampung
Selepas berita 'kena belasah' baru lah keluar berita masalah air berlaku sejak 2 minggu yang lalu. Proses membaikinya makan masa 7 hari. Maka masalah bakal berlanjutan selama 3 minggu.
Kira-Kira 165,000 Penduduk Terputus Bekalan Air

KUANTAN, 26 Dis (Bernama) -- Banjir yang melanda Pahang sejak dua minggu lepas menyebabkan kira-kira 165,000 penduduk terputus bekalan air berikutan beberapa motor dan pam yang membekalkan air ke kawasan mereka rosak.

Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang Datuk Ismail Mat Nor berkata bekalan air itu terputus disebabkan kebanyakkan motor yang menggerakkan pam air tersebut tidak dapat berfungsi seperti biasa berikutan ditenggelami banjir.

Beliau berkata kawasan yang terlibat dengan masalah itu ialah daerah Maran, Bera, Temerloh, Mentakab dan Kuantan.

Bagaimanapun belakan air dijangka pulih seperti biasa dalam tempoh tujuh hari selepas kesemua motor dan pam yang rosak itu diperbaiki, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan anggota Jawatankuasa Penduduk Bukit Goh di sini, hari ini.

Katanya kerja-kerja membaiki motor dan pam berkenaan sedang dijalankan dalam pada itu JBA telah menggerakkan 21 lori tangki bagi membekalkan air ke kawasan yang terjejas.

"Saya berharap orang ramai mengambil air yang dihantar oleh JBA hanya untuk kegunaan harian sahaja dan kadang-kala, terjadi kes air yang dihantar tidak mencukupi kerana ada sesetengah pihak bersikap tamak dengan menyimpan air dalam kadar yang banyak," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive