BAITULMAQDIS 30 Jan. - Asia Barat mengalami cuaca yang luar biasa hari ini apabila ia dilanda ribut salji, menyebabkan kota suci ini diselaputi salji dan mengalami gangguan lalu lintas.
Sekolah-sekolah juga terpaksa ditutup membuatkan kanak-kanak dilihat bermain salji dengan gembira.
Suasana ceria di kalangan penduduk tempatan yang sudah biasa dengan cuaca panas Asia Barat amat dirasai.
Kanak-kanak di Baitulmaqdis bermain di jalan raya, berita mengenai cuaca menjadi tajuk utama berita sekali gus “membenamkan” laporan kerajaan mengenai perang dengan Lebanon pada tahun 2006 yang mungkin memaksa Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert untuk melepaskan jawatan beliau.
Di Amman, Jordan, “perang bebola salji” dapat dilihat di mana-mana sementara di Ramallah. Tebing Barat, anak-anak kecil bermain salji dan membentuk orang salji.
Salji turun di Baitulmaqdis sekali atau dua kali pada setiap musim sejuk tetapi suhu seperti sekarang jarang berlaku sehingga membolehkan salji tidak mencair.
Perkhidmatan cuaca Israel menyatakan, sebanyak 20 sentimeter salji turun di Baitulmaqdis dan pada lewat pagi tadi salji bertukar kepada hujan. Ramalan kaji cuaca bagaimanapun menjelaskan bahawa suhu mungkin menurun dan salji akan berterusan sehingga pagi esok.
Salji lebat turut dilaporkan turun di Bukit Golan dan bandar Safed di utara Israel serta di Tebing Barat.
Penduduk di Ramallah begitu terkejut dan teruja apabila bangun dari tempat tidur dan mendapati kawasan kediaman mereka diliputi salji. – AP
Jan 31, 2008
Asia Barat dilanda ribut salji
Labels: Berita luar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment