KeADILan
TERDEDAH kini sebab-sebab mengapa Ketua Hakim Negara pada tahun 2002, Mohamed Dzaidin Abdullah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk memastikan Anwar terpenjara seperti yang dikehendaki oleh Dr Mahathir Mohamad.
Dzaidin bersama Ketua Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Steve Shim Lip Kiong dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Haidar Mohamed Nor, keduanya kini anggoata Surhanjaya Pita Lingam pada Julai 2002 menolak rayuan yang dikemukakan Anwar.
Pada 28 Januari lepas, Anwar mendedahkan Pita Lingam siri ketiga yang mendedahkan keghairahan Dzaidin untuk mendapatkan anugerah Tun menyebabkan dia sanggup berbuat apa saja yang dimahu Mahathir.
“Sekarang Dzaiddin mahu melalui PM kerana dia mahukan anugerah ‘Tun’. Jadi… dia berbuat apa sahaja untuk memuaskan hati PM-lah, tetapi dia usulkan lima hakim untuk dilantik - tiga diluluskan dimana semuanya orang Eusoff Chin,” Lingam didengar berkata dalam pita itu.
Dalam pita itu Lingam juga mendedahkan dia dan Vincent Tan memberi Dzaiddin hadiah paling mahal sekali.
“So, dia sudah tak boleh serang kita. Esok kita pergi dan kata kami bagi kamu ini, ini dan ini. Dia tidak boleh serang kamu dan kata kamu seorang agen,” kata Lingam lagi.
MAKSUD KETIMBANG
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment