Siapa Peralat Mahkamah Majistret?? Dia Ialah ISMAIL OMAR Timbalan KPN !!
tranungkite
Artikel Oleh Reformis Muda
Baru sahaja dalam artikel terbaru saya menceritakan bagaimana Ismail Omar ataupun (Polis Cawangan Khas) menggunakan Mahkamah Majistret , malah saya telah menulis sebelum perhimpunan Hindraf itu berlangsung dan berlakunya penyerahan tugas bekas Timbalan ketua Polis Negara dari Tan Sri Najib Abdul Aziz kepada Ismail Omar,
lalu saya amat berterima kasih apabila hujjah saya disambut dengan tulisan Prof terkenal dalam bidang Undang undang iaitu Prof Dr Aziz Bari, bagaimana polis mempergunakan Mahkamah Majistret bagi menghalang hak berhimpun yang terkandung dalam teras perlembagaan Negara. rupanya masih ada cendiakawan yang masih mempertahankan keluhuran undang undang! mempertahankan disiplin Ilmunya sebagai pengamal undang undang, Tahniah Prof!!
seperti yang saya katakan sebelum ini, standard Mahkamah Majistret adalah standard Mahkamah yang membicarakan soal Saman trafik mahupun hutang Kad Kredit, malah Majistretnya juga boleh terdiri dari anggota Polis sendiri, lebih lebih lagi zaman Paklah Majistret boleh juga terdiri dari pengerusi JKKK, sedangkan Presiden Mahkamah rayuanpun terdiri dari bekas penasihat parti Umno.
Berbalik kepada isu siapa Ismail Omar, lebih lanjutnya baca dalam artikel saya " Ismail Omar Barua di Ijok" yang disiarkan TKO pada 25November, bagaimana saya menceritakan perlantikannya dirancang ke kerusi no 2 tertinggi dalam perkhidmatan Polis, sewaktu pilihanraya Ijok dialah orangnya yang menggerakkan Polis bagi membantu Umno(MIC), malah FRU digunakan bagi menghentikan kempen dalam waktu pilihanraya! pelik bin ajaib apabila dia menggunakan kuasa sewaktu itu menjadi ketua Polis selangor pada ketika itu menghentikan ceramah dalama waktu berkempen!
atas jasanya itu dalam tempoh 6 bulan dia dibawa ke Bukit Aman dan akhirnya menjawat jawatan orang no2 didalam polis. pasti itulah hadiah yang diberika kepada orang yang setia kepada penjenayah dan pemimpin yang Zalim.sepatutnya jawatan no2 itu disi Datuk Ramli Yusuf yang kini digantung kerana dituduh memiliki arta bernilai RM 27juta, itulah konspirasi yang dilakukan Musa Hassan yang tepat dansesuai dengan waktu bersaranya Tan Sri Najib Abdul Aziz.
namun sewaktu dia menjadi Ketua Polis Selangor bukan Hanya itu yang dosa dia lakukan, malah dia juga menggunakan Mahkamah melalui Proksi , mengerahkan Polis dan FRU Menghalau dan menendang orang melayu keluar dari tanah setinggan mereka di kampung Berembang. apakah kita sudah lupa bagaimana Tian Chua ketika itu dituduh atas cubaan membunuh ketika membela orang melayu yang dihalau dari tanah mereka? Rakyat yang ketika itu dalam tempoh rayuan dan usaha membawa kes itu ke Mahkamah bagi mempertahankan tanah tempat tinggal mereka tetapi
dicabul oleh kerajaan negeri Selangor dan pemaju yang memperkudakan Polis dan FRU. agaknya siapa ketua Polis Negeri pada waktu itu.
Dia juga pernah ditugaskan sebagai pendakwa, sebagai pendakwa rundingan dengan pesalah adalah perkara biasa samaada bagi meringankan hukuman atau menyenangkan proses siasatan, apakah pengalaman itu juga digunakan untuk rundingan rundingan melibatkan pemimpin yangg Zalim ini. idea menggunakan mahkamah tidak wujud sewaktu Tan Sri Najib Abdul Aziz menjadi timbalan ketua Polis, mungkin agakmya Tan Sri Najib ketika itu mematuhi keluhuran perlembagaan, begitu juga diwaktu zaman Datuk Ramli Yusuf ketika dia menjawat jawatan Ketua Unit Cawangan Khas bahagian Kormersil, dan Mahkamah mula diperkudakan dizaman Ismail Omar. dengan wajah ala ala Tan Sri Rashid dan tidak cukup gigi ini dia amat kejam dan sedia menuruti kemahuan pemimpin yang Zalim. VK lingam yang terang terang Rasuah tidak ditangkap, yang dikerjakan Rakyat!! inilah wajah Polis dan Bpr Malaysia.
Saya Menyeru pembangkang dan barisan Peguam membawa satu Saman Khas kepada Polis kerana cubaan menggunakan Mahkamah Majistret untuk memperolok olokkan perlembagaan Negara. seperti dalam tulisan saya sebelum ini sebarkan Dokumen sulit pendedahan Raja Petra kepada Rakyat seluruhnya berkenaan rasuah ketua polis Negara, sudah tiba masanya kita lawan mereka dengan mengikut rentak mereka.Polis kebanyakan InsyaAllah kita akan "turning" untuk menyokong kebangkitan Rakyat andai langkah langkah tersebut berjaya dilakukan.
Ayuhh kita Himpunkan setengah juta Rakyat pada 23 Febuari ini di Stadium Bukit jalil, kita pecahkan tembok kezaliman!! diminta Pembangkang membuat permohonon awal dan membawanya ke Mahkamah bagi mencabar keputusan Polis!! kita cabar dia bawa ke Mahkamah Majistret lebih awal dan kita akan cabar mereka di Mahkamah tinggi, artikel Prof Dr Aziz Bari boleh kita jadikan asas sokongan untuk kita berhimpun pada 23 febuari ini.
Ayuhh seluruh rakyat.. berjuang demi Bangsa dan Agama!!
Lawan tetap Lawan!!
reformis muda
Jan 31, 2008
ISMAIL OMAR Timbalan KPN Peralat Mahkamah
Labels: Belit Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment