KeADILan
KEENGGANAN Suruhanjaya DiRaja menyiasat kes Pita Lingam memanggil saksi penting, Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan mengesahkan penubuhannya tidak lebih dari satu lagi sandiwara ciptaan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.
Sebelum ini menjelang pilihanraya umum 2004, komedi seperti ini dicipta Abdullah dengan mendakwa Eric Chia dan Kasitah Gadam di mahkamah atas tuduhan rasuah.
Menjelang Pilihanraya Umum ke 12 yang dijangka diadakan pertengah Mac depan, suruhanjaya ini pula diguna untuk mempamerkan imej Abdullah. Seperti pelakon-pelakon yang mengikut skrip, ahli-ahli suruhanjaya nampaknya hanya menumpukan usaha menyiasat pita tersebut, tanpa menyiasat salah laku hakim dan rasuah dalam bidang kehakiman.
Tidak seperti saksi-saksi lain, Anwar sebaliknya diarahkan oleh suruhanjaya memberi surat tunjuk sebab mengapa mereka harus memanggil beliau untuk member keterangan. Menyedari ia mungkin satu ‘perangkap’, Anwar tidak mengemukakan surat tersebut. “Tidak ada surat. Jika mereka mahu, sila panggil saya. Saya akan beri keterangan,” Anwar dilapor berkata.
Anwar dijangka akan mengemukakan dua lagi saksi penting, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid dan seorang lagi adik Lingam, Rajendram yang akan membongkar banyak lagi salah laku hakim-hakim Malaysia.
Murad dijangka akan membuat pengakuan bahawa dia dipaksa memfitnah Anwar pada tahun 1999, bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu punyai simpanan RM3 billion di luar negara.
Selain Anwar, saksi penting, seorang lagi adik VK Lingam, Thirunama juga setakat ini tidak dipanggil memberi keterangan. Manakala, keterangan oleh peguam Wee Choo Keong diarah dibuat secara secara tertutup, tanpa kehadiran orang ramai dan media.
Jan 31, 2008
Suruhanjaya Sandiwara
Labels: Belit Suruhanjaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment