KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 12, 2008

Cina dan India marah dan kesal kepada BN

Cina dan India tertekan hidup di bawah BN
Saidah Hairan

KLANG, 12 Jan (Hrkh) - Kaum Cina dan India berharap PAS dapat mengambil alih tampuk pemerintahan BN kerana selama di bawah kuasanya kehidupan rakyat semakin tertekan dan tiada jaminan keamanan.

Tinjauan Harakah mendekati beberapa orang kaum Cina dan India meluahkan perasaan marah dan kesal kerana memberi sokongan kepada BN selama ini tetapi pimpinan mereka hanya mendekati masyarakat ketika mahu pilihan raya.

Mereka ditemui dalam pelancaran Program OPS Pasar-Ning dan mengedarkan risalah bahasa Tamil yang mendapat sambutan membanggakan daripada masyarakat Cina dan India di sekitar pasar Teluk Pulai dan Taman Perumahan Sungai Bertik Utara, Klang, bermula jam 8 pagi tadi.

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat di ketuai oleh Pengarahnya, Dr Halimah Ali turut mengadakan peperiksaan kesihatan percuma di pasar tersebut.

Peniaga di pasar Klang, Ching Ai Hoe meluahkan pemerintahan BN di Selangor perlu diganti kerana ia tidak menjamin keselamatan dan keamanan.

"Duduk di rumah pun tidak aman, pencuri masuk rumah, barang-barang banyak hilang, kes rompak macam-macam terjadi, macam sudah tidak ada polis, undang-undang tidak ada," katanya.

Beliau yang sudah 14 tahun berniaga pakaian berkata semakin lama bertambah susah untuk mencari makan dengan kenaikan barang terutama kepada golongan miskin akan bertambah miskin jika di bawah pimpinan BN seterusnya.

"Saya yakin PAS boleh memerintah sebab PAS sudah berani mengeluarkan isu tentang keamanan, macam-macam PAS boleh bincangkan kalau dulu hanya bercakap tentang orang Islam saja tetapi sekarang semua perkara PAS boleh bela," katanya.


Ini kerana tambah beliau, PAS sudah keluar bertemu dengan masyarakat berbeza dengan dahulu jarang bertemu dengan masyarakat Cina dan India.

Beliau yakin masyarakat Cina boleh menerima PAS sebab sekarang pimpinan PAS sudah membincangkan tentang kebaikan rakyat tanpa membezakan kaum dan agama.

Program yang dilancarkan oleh Ketua DMPP, Ustazah Nuridah Mohd Salleh turut memberi penerangan dan penjelasan berkenaan dengan PAS yang didakwa sebagai parti yang menakutkan masyarakat Cina dan India.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Meru, Dr Rani Osman menjelaskan untuk pertama kalinya dalam ceramah PAS dibuat di rumahnya, masyarakat India telah mendengar ceramah oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar seramai 2000 orang.

"Ini satu perkara yang tidak pernah kita fikir selama ini. Selama ini kita tertipu ada dakwaan mengatakan jika PAS memerintah semua orang India akan dipaksa masuk PAS," katanya.

Beliau mengingatkan supaya kaum Melayu, India dan Cina di Selangor supaya berusaha dan bekerjasama menumbangkan pemerintahan BN dan memberi sokongan kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang nanti.

Harakah mendapati sesi perkhidmatan kesihatan percuma mendapat sambutan daripada kaum Cina tanpa rasa takut berhadapan dengan muslimat yang memakai tudung labuh dan berjubah.

Masyarakat India turut menyambut kehadiran dilegasi PAS ketika mengedarkan poskad `Kembalikan Bahasa Ibunda' yang mempunyai empat versi bahasa iaitu bahasa Melayu, Tamil, Cina dan Inggeris di Taman Perumahan Sungai Bertik Utara dari rumah ke rumah.

Kandungan poskad itu mendesak supaya Perdana Menteri mengembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada bahasa ibunda.

Peniaga ikan dan sayuran, Muniani ketika ditemui di tepi jalan mengatakan pemerintahan BN semakin lama memerintah barang-barang semakin mahal.

Beliau yakin dalam pilihan raya umum kali ini masyarakat India akan menukar haluan memberi sokongan kepada calon PAS.

Ini kerana katanya, selama berada di bahawa kuasa BN banyak kuil-kuil yang telah dipecahkan sedangkan PAS yang memerintah Kelantan tidak ada satu kuil yang telah dirobohkan.

Beliau yang diberitahu oleh kawannya yang tinggal di Kelantan orang India hidup aman dan mereka boleh datang ke rumah orang Melayu tanpa ada sebarang halangan dan syarat daripada orang Melayu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive