Najib guna isu HINDRAF, Batu Burok mulakan kempen pilihanraya di Bukit Payung, Terengganu
Mengulas tentang ‘Peristiwa Berdarah di Batu Burok, Timbalan Perdana Menteri itu, menyembunyikan kebenaran dengan tidak langsung menyebit tentang ‘polis menembak rakyat dengan peluru hidup”.
“PAS dan buat ceramah 200 kali ceramah dengan permit polis, 200 kali tidak ada permit polis, satu sahaja tidak dapat permit polis, dia merusuh, memukul seorang anggota polis yang terpaksa menyelamatkan diri” tuduh Najib didepan hadirin kira-kita 5,000 orang yang hadir.
“Bila HINDRAF pergi ke mahkamah di Kuala Lumpur, mana pemimpin yang turun bersama-sama dengan HINDRAF, Hj Hadi, Anwar Ibrahim”
“Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, siapa dia HINDRAF itu, HINDRAF kalau dia buat pasal dalam negara kita kita, kita bagi dia rehat, atas urusan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong” Ujar Najib.
“Sebab itulah bila pemimpin pembangkang bersama dengan HINDRAF, kita beritahu kepada rakyat, sudah sampai pada masanya, kita tahu menunjukkan sikap kita” Ugut Najib dengan angkuh dan sombong.
Sebelum menutup ucapannya, Dato’Seri Najib merayu supaya rakyat memberi peluang sekali lagi kepada Barisan Nasional, sambil mengakui tentang perbalahan yang berlaku diantara ahli Parlimen Marang dan ADUB Bukit Payong. |more...|
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment