KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 12, 2008

SAMY TAHU KRISHNASAMY DI UGUT?


Krishnasamy bertubi-tubi diugut: Samy
MStar


SEGAMAT: Mendiang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh Datuk S. Krishnasamy menerima beberapa panggilan telefon berbentuk ugutan seminggu sebelum kematiannya akibat ditembak semalam, kata presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata mendiang Krishnasamy yang merupakan timbalan pengerusi MIC Johor memberitahunya tentang ugutan yang diterimanya sebelum beliau (Samy Vellu) berangkat ke India untuk lawatan rasmi.

"Dia beritahu menerima ugutan berterusan selama seminggu, tetapi dia tidak mengambil serius (tentang ugutan tersebut). Saya menasihatkan dia supaya berhati-hati, itu sahajalah yang saya boleh katakan," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi kediaman mendiang di Bandar Putra di sini.

Beliau meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan agar menjalankan siasatan terperinci tentang kejadian tersebut bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Samy Vellu berkata bagi seseorang ahli politik atau anggota yang dipilih, menerima ugutan daripada pihak yang tidak berpuas hati adalah sesuatu yang biasa tetapi keadaan kini agak melampau.

"Apa yang berlaku kepada Krishnasamy juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja," katanya. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive