Kes Culik: Bukti Penjenayah Tidak Takut Polis Lagi !!
Cucumatkilau
10 Jan 2008 Kisah pembunuhan ngeri Nurin Jazlin masih terpahat dalam ingatan kita. Kes tersebut telah menggemparkan seluruh negara. Berita kehilangannya sebelum itu telah menjadi bualan masyarakat terutamanya warga kota Kuala Lumpur. Bahkan sehingga ke hari ini, masih kelihatan poster-poster kehilangan Nurin yang ditampal di merata tempat. Entah mengapa kanak-kanak comel seperti Nurin Jazlin yang hilang itu akhirnya ditemui mati dibunuh dengan kejam. Tragedi ini sebenarnya benar-benar menguji kewibawaan pihak berkuasa dan kerajaan kita. Semua pihak merakamkan simpati yang tidak terhingga kepada keluarga mangsa.
Kisah menyayatkan hati itu benar-benar telah membuka mata rakyat Malaysia agar lebih prihatin dengan penjagaan anak-anak. Biarpun kes tersebut dilihat sebagai satu kes kecuaian oleh pihak berkuasa, namun harus diingat bahawa tidak semua ibubapa yang tidak sayangkan anak mereka. Tambahan pula bagi mereka yang terlalu sibuk dengan urusan kerja masing-masing.
Soalnya disini, siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya? Inilah yang harus kita fikirkan. Sejak sekian lama, kita bukannya tidak pernah mendengar kes-kes jenayah yang dilakukan terhadap kanak-kanak. Banyak kes yang terpencil dan tidak dihebahkan, kerna ia mungkin melibatkan penjenayah yang dikenali oleh mangsa. Kes cabul, rogol, culik dan bunuh kanak-kanak adalah satu jenayah berat yang tidak seharusnya berlaku. Di negara kita, kes-kes jenayah seperti ini seolah-olah sudah menjadi satu kelaziman. Penjenayah sudah tidak lagi takut, bahkan berani untuk bertindak diluar batasan kemanusiaan. Inilah yang kita takutkan sebenarnya. Apakah negara kita kini sudah tidak lagi selamat. Mungkin benar ada telahan sesetengah pihak bahawa, kemasukan terlampau ramai pendatang asing terutamanya PATI telah menyebabkan rakyat tempatan berada dalam ketakutan.
Namun, apakah kesalahan ini dilakukan oleh rakyat asing. Sedangkan dalam masa yang sama kita dapat melihat rakyat kita sendiri sudah mula ganas dan berani bertindak liar. Banyak kes jenayah rompak, ragut, rempit, samseng dan sebagainya melibatkan rakyat tempatan. Kes pembunuhan kini saban hari menghiasi dada-dada akhbar. Bahkan, jika kita lihat di kaca TV3 menerusi rancangan 999 yang dipaparkan jelas sekali menunjukkan kepada kita betapa negara kita sebenarnya dalam bahaya. Kejadian jenayah berlaku disana-sini. Kisah pembunuhan demi pembunuhan jelas sekali membuktikan kepada kita yang penjenayah sudah tidak lagi takut kepada undang-undang. Mengapakah ini terjadi? Apakah kita harus hidup dalam ketakutan dalam negara sendiri? Jika dulu, kita bebas bergerak ke sana-sini. Kini, keadaannya jauh berbeza.
Selang beberapa bulan selepas kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin, baru-baru ini kita digemparkan pula dengan kes kehilangan adik Nur Fateha Zaidi, 6 tahun, yang diculik di Flat Seri Manja, Desa Sepakat, Kampung Medan. Beliau yang dikatakan diumpan oleh seorang lelaki bermotosikal untuk melihat kucing dan burung kemudian dilaporkan hilang pada pukul 5 petang. Apapun beliau akhirnya ditemui kira-kira tiga jam selepas itu di Wangsa Maju. Mujurlah kes adik Nur Fateha Zaidi, tidak tragis seperti Nurin Jazlin.
Bila difikirkan semula, sedarlah kita kini bahawa sememangnya penjenayah di Malaysia sudah tidak lagi takutkan undang-undang. Mereka juga sudah tidak risau untuk berhadapan dengan Polis Di Raja Malaysia. Kerana apa? Kerana polis Malaysia kini telah lupa diri. Lain yang disuruh, lain yang dibuat. Ilmu yang dipelajari dalam bidang kepolisan telah disalah gunakan. Polis Malaysia telah menjadi "Hamba" kepada pemerintah yang zalim dan rakus untuk mengekalkan kuasa. Polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat jelata kini dipergunakan sewenang-wenangnya untuk menjaga kuasa politik parti pemerintah. Ini ditambah lagi dengan portfolio pemimpun utama kerajaan iaitu Pak Lah yang juga menjadi Menteri Dalam Negeri yang menjaga urusan polis di negara ini. Lantaran itu, pihak polis terpaksa akur dengan arahan kerajaan. Mereka lebih suka berpolitik, menganggu, menghalang, menyerang parti pembangkang di negara ini. Pembangkang dijadikan sasaran, ceramah diganggu. Perhimpunan aman yang termaktub dalam perlembagaan dikatakan perhimpunan haram. Mereka menzalimi rakyat dan mengabaikan amanah serta tanggungjawab yang telah diberikan. Polis kini menjadi musuh rakyat yang cintakan keadilan. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pihak polis. Inilah yang berlaku sebenarnya.
Maka itulah, apabila penjenayah melihat polis dipergunakan untuk tujuan politik maka mudahlah mereka melakukan kerja-kerja jenayah di negara ini. Mereka tahu, polis tidak akan menjalankan kerja dengan serius untuk menghalang aktiviti jenayah. Polis lebih gemar serius dalam menghalang gerakan politik parti pembangkang yang dianggap penjenayah. Lantaran itulah, rakyat yang dlihat menyokong parti pembangkang akan diperlakukakan seperti penjenayah. Inilah yang berlaku kepada cucu dalam kes tangkapan baru-baru ini. Cucu diperlakukan seperti penjenayah hanya kerna menyokong parti pembangkang di negara ini. Inilah hakikatnya yang berlaku. |More...|
BILA WALAUN OTAK TERBALIK
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment