KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 12, 2008

LAGI SATU KES, LAGI SATU GAMBAR


Kenal lelaki ini? Disyaki culik gadis 13 tahun
MStar


BUTTERWORTH: Polis kini memburu seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai menculik seorang kanak-kanak perempuan Khamis lepas sebelum dia ditemui semula semalam di stesen bas Butterworth di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Wan Abdullah Tunku Said berkata lelaki yang diburu itu dikenali sebagai Rahim, berusia 20 tahun dan tiada pekerjaan tetap.

Beliau berkata Rahim turut dikenali dengan beberapa nama lain, antaranya Kalimulah dan hidup berpindah-randah.

"Suspek dipercayai melarikan kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun itu ketika kanak-kanak itu dalam perjalanan ke kelas al-Quran berhampiran rumahnya di Flat Bagan Dalam di sini kira-kira 6 petang Khamis lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata bapa kanak-kanak itu, Zakaria Husaain Ahmad, 45, membuat laporan polis pada hari yang sama selepas anaknya tidak pulang ke rumah sehingga pukul 8 malam hari tersebut.

Wan Abdullah berkata kira-kira 1.50 petang semalam, polis menerima maklumat mengatakan kanak-kanak perempuan itu ditemui di stesen bas Butterworth. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive