Malaysiatoday
Posted by Haniza Talha
Mula-mula Datuk Seri Najib Razak membantah cadangan penurunan harga minyak. Kini Rafidah Aziz pula melalak menolak kemungkinan harga minyak turun kerana harga pasaran antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional telah menuduh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan suatu yang mustahil dan tidak masuk akal. Perkara itu berikutan tawaran Anwar menurunkan harga minyak jika Keadilan berjaya memerintah negara.
Anwar berkata dalam laman blognya, "Mula-mula Datuk Seri Najib Razak membantah cadangan penurunan harga minyak. Kini Rafidah Aziz pula melalak menolak kemungkinan harga minyak turun kerana harga pasaran antarabangsa."
"Bukankah kita pengeluar minyak dengan untung bersih RM 80 bilion? Asyik dengan pembahagian AP, mana sempat mencongak harga melambung," jelasnya sinis.
Beliau hairan bagaimana pemimpin-pemimpin BN mencabarnya untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, sedangkan beliau dihalang berbuat demikian oleh institusi yang dikuasai oleh kerajaan BN.
"Jangan asyik mencabar saya bertanding. Mahkamah diperalatkan untuk menghalang saya. Jika sungguh bagai dikata, sila beri kelulusan saya bertanding! MT
0 comments:
Post a Comment