Hampir 100,000 solat hajat pertahan kerajaan PAS Kelantan
Harakahdaily
Gesaan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat Kelantan menamatkan pemerintahan PAS tahun ini, bertukar sebaliknya, apabila hampir 100,000 hadir solat hajat mempertahankan kerajaan PAS malam tadi.
Akhbar The Star turut melaporkan 100,000 manusia hadir di program kali kedua di Kelantan itu selepas pilihan raya umum 2004.
Lautan manusia sujud di atas pasir di tepi pantai dengan beralaskan sejadah di bawah langit terbuka dan tiupan angin malam yang menyamankan.
Biar pun kedudukan kawasan tersebut agak tersorok, namun ia tidak menghalang rakyat hadir beramai-ramai sehingga banyak kereta terkandas apabila tayar terjerumus ke dalam pasir.
Deretan kereta yang memanjang sehingga jam 12.45 pagi menghala ke jalan besar di Geting Wakaf Bharu, selepas selesai program ceramah.
Sebelum ini Timbalan Presiden Umno ketika datang ke Kelantan 3 dan 4 Januari lalu menyeru rakyat negeri ini menjadikan tahun 2008 sebagai tahun terakhir pemerintahan PAS. |more...|
MAKSUD KETIMBANG
47 minutes ago
0 comments:
Post a Comment