KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 6, 2008

KEKELIRUAN TENTANG TANGGUNG JAWAB DAN SUMBANGAN


Ragam Tahun Baru - Yuran Sekolah
perfectexcel.com

Menteri Pelajaran yang terus diasak dengan isu yuran dan pembayaran tambahan persekolahan semalam menetapkan noktah kepada isu itu. Kepada ibubapa yang masih lagi mempertikaikannya mahupun sudah membuat pembayaran, mereka boleh menuntut semula wang berkenaan. Mungkin bosan dengan apa yang berlaku atau merajuk dengan sikap segelintir ibubapa ungkapan tersebut diucapkan oleh Dato’ Seri Hishammuddin, Menteri Pelajaran Malaysia.
Tidak mampu, tidak payah bayar. Siapa dah bayar, boleh ambil balik - Dato’ Seri Hishammuddin
Mmm.. macam-macam berlaku pada awal tahun baru ini. Lebih-lebih lagi dalam isu pendidikan negara. Sudah masuk hari kedua penggal persekolahan tahun ini, tumpuan sepatutnya ke arah pembelajaran anak-anak. Yang paling penting ialah dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Cuba kita renungkan, jutaan ringgit yang kerajaan belanjakan dengan pemansuhan yura-yuran dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah terlalu tinggi. Rakyat kita masih mengharapkan subsidi. Sehinggakan pembayaran tambahan pun hendak percuma, sedangkan ibu bapa sanggup mengeluarkan wang ringgit untuk membeli rokok dan melanggan saluran televisyen berbayar.

Ibubapa jangan lupa dengan sumbangan besar kementerian setiap tahun. Berapa ramai ibubapa yang berterima kasih dengan sumbangan kementerian pendidikan sebanyak RM 2.5 billion setahun bagi mengurangkan bebanan mereka terhadap anak-anak yang pergi ke sekolah. Tambahan pula lebih ramai yang merungut dan tidak menghantar anak ke sekolah kerana bayaran tambahan. Saya rasa bayaran tambahan persekolahan bukan baru dilaksanakan pada tahun ini, sudah berpuluh tahun dah sebelum ini, masa saya mula bersekolah darjah satu, malahan pihak kementerian telah membenarkan sekolah-sekolah berunding dengan pihak PIBG untuk melaksanakan dan menetapkan jumlah bayaran tambahan ini. Kenapa tahun ini pula macam-macam perkara yang dibangkitkan mengenai yuran?

No2umno - Tak syok la nak berbalah dengan blogger. Tak macho sebab masing masing ada pendapatnya masing masing. Cuma disini WAK RADENJOWO nak tanya sikit kepada pembaca, pelayar dan mungkin penulis.

Sumbangan (subsidi) kerajaan? Tentu penulis ini sukar untuk membezakan antara Tanggung jawab dan Sumbangan. Serta penulis ini gagal membezakan antara wang rakyat dan wang kerajaan.

Wang yang disalurkan kepada rakyat, wang siapa? Wang yang digunakan untuk membeli kapal selam, wang siapa? Wang yang digunakan untuk menteri dan pemimpin bercuti keluar negara, wang siapa? Wang yang membayar gaji Pak Menteri semua itu, wang siapa?

Kalau ada pun kerajaan tetapi tidak bertanggung jawab kepada rakyat, maka perlukah kita ada kerajaan? Atau cukup sekadar yang menguatkuasakan undang undang dak tak perlu banyak pemimpin. Agar negara menjadi aman. Tahukah berapa banyak kos yang rakyat perlu bayar kerana MENGSUBSIDIKAN menteri yang TERLALU RAMAI?

Memberikan kemudahan kepada rakyat adalah tanggung jawab dan bukan sumbangan oleh sebuah kerajaan. Sila betulkan fakta.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive