Kosmo
JOHOR BAHRU – Rupa-rupanya bukan Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya 2 di sini sahaja yang mengenakan bayaran yuran penyelenggaraan tandas kepada pelajar.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang di sini turut didakwa mengenakan bayaran penyelenggaraan tandas perempuan, tetapi di atas nama Famicare.
Ia melibatkan bayaran sebanyak RM3 dan ia dikenakan kepada pelajar perempuan sahaja.
Malah, resit yuran tersebut diberikan kepada ibu bapa secara berasingan daripada resit yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan resit daripada Kementerian Pengajian Tinggi.
Seorang bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Khalid, 41, dari Kota Masai berkata, yuran itu hanya disedari isterinya yang membuat pendaftaran anak sulung mereka bagi memasuki tingkatan satu di sekolah itu Selasa lalu.
Menurutnya, apabila isterinya bertanya kepada guru yang bertugas, dia memberitahu ia yuran ‘Famicare’ atau yuran penyelenggaraan tandas wanita.
“Yuran itu katanya, untuk digunakan membersihkan tuala wanita yang dibuang pelajar di tandas sekolah itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kota Masai semalam.
Khalid memberitahu, sepatutnya pihak sekolah memikirkan cara lain untuk mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan tandas dan bukannya dengan meminta bayaran dari- pada ibu bapa.
No2umnO - Sekolah dah macam DBKL ada TANDAS BAYAR. Hai malaysia .... Makmur dan modennya, semua kena bayar sekarang. Jadi menteri bes, nak mencangkung kat mana pun FREE. Rakyat yang tanggung.
Jan 6, 2008
Lagi sekolah kenakan yuran tandas
Labels: Penipuan Yuran Sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment