Komen Pengerusi SPR tidak wajar dan profesional
(...) BN Melanggari Akta Kesalahan Pilihan Raya
BERSIH mengutuk tindakan Barisan Nasional (BN) yang melanggar Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Dalam beberapa minggu yang lalu, kain-kain rentang pilihan raya, poster-poster serta bendera dan banting telah dinaikkan di pusat-pusat operasi BN di kawasan Bukit Lanjan, Tanjong Sepat dan Seri Kembangan. Ianya jelas dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya yang menyebut bahawa sebarang bahan kempen yang mengandungi penghasilan semula kertas-kertas undi tidak boleh dipamerkan semasa bukan tempoh berkempen.
BERSIH menuntut agar SPR mengambil tindakan segera terhadap BN atas tindakan yang menyalahi pilihan raya dan peraturan-peraturan.
Senarai Pemilih Pengundi Mati dan Hantu
Baru-baru ini, BERSIH menerima e-mel berkaitan dengan tiga nombor dari kad pengenalan yang mana sama ada pengundi-pengundi berkenaan berusia 116, 108 dan 109 ATAU 16, 8 dan 9 tahun. BERSIH telah menghubungi ibupejabat SPR pada 31 Disember 2007 yang lalu dan meminta penjelasan berkenaan dengan isu tersebut. Kami dimaklumkan bahawa pengundi-pengundi tersebut sudah meninggal dunia dan dalam proses untuk mengeluarkan nama-nama berkenaan.
Selain itu, kami juga memperolehi panggilan daripada sdri Sharmila Thuraisingam (No KP: 73xxxx145444) yang cuba untuk mendaftarkan dirinya sebagai pemilih di pejabat pos pada Disember 2007 tetapi diberitahu bahawa dia sudah pun didapati namanya berdaftar sebagai pengundi di Wakaf Zain DUN Salor dan Parlimen Kubang Kerian di Kelantan. Sharmila membuat laporan polis berkaitan dengan kesnya.
Memandangkan pilihan raya semakin hamper, BERSIH akan tetap meneliti kes-kes seperti ini dan menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk memeriksa status mereka di laman SPR, terutama sekali sekiranya seseorang itu masih belum mendaftar sebagai pemilih.
BERSIH juga ingin mengajak semua rakyat Malaysia untuk melaporkan sekiranya terdapat sebarang pendaftaran yang meragukan kepada secketariat di (03-79806571; info@bersih.org). Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat; Faisal Mustaffa 019-2232002 or Medeline Chang 012-2192010. Email: info@bersih.org
0 comments:
Post a Comment