KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 6, 2008

YURAN: KERAJAAN NAK KELENTONG

Tandas Pun Kena Yuran!
nahdah.wordpress.

Semalam saya berpeluang ke sekolah adik saya untuk membayar yuran persekolahannya. Banyak yang saya dengar tentang yuran sekolah ‘indah khabar dari rupa’, justeru saya mengambil peluang untuk pergi dan lihat sendiri apabila diamanahkan ayah.

Semua ibu bapa pastinya menadah tangan mengucapkan syukur kerana melalui Bajet 2008, Malaysia diumum antara negara yang melaksanakan dasar pendidikan percuma di sekolah rendah dan menengah melalui pemansuhan yuran sekolah.

Dan berleluasalah ke seluruh pelusuk Malaysia bahawa sudah tidak ada sebab anak-anak tidak dihantar ke sekolah atas alasan kewangan ataupun kerana faktor kemiskinan.

Tetapi senario berbeza menyambut fakta-fakta di atas. Berlaku kekecohan di kalangan ibu bapa di sesetengah kawasan kerana di saat mereka menyangkakan Malaysia kini melaksanakan dasar pendidikan percuma, rupanya mereka masih dikenakan yuran. Tidak cukup sekadar itu, ada yuran yang dikenakan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Difahamkan, ada yuran yang dikenakan PIBG mencecah RM200.

Dan saya pastinya tidak merasa terkejut dengan yuran ini yang masih wujud setelah membaca rungutan ibu bapa. Malah saya sempat bersembang dengan seorang pakcik yang mengeluh dengan yuran yang tinggi berbanding sebelumnya. “Kerajaan nak kelentong pun agak-agak la, jangan tekan macam ni sekali,” rungut pakcik tersebut.

Ya, yuran dianggarkan agak tinggi sebanyak hampir RM30 - RM50 di sekolah adik saya. Dan kerani bertugas mengakui bahawa memang yang dimansuhkan hanyalah RM4.50, tetapi PIBG masih mempunyai hak untuk mengenakan yuran yang dirasakan perlu. Dan kerani tersebut mengakui bahawa yuran tahun ini lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Cuma saya fikir nasib yang dikongsi oleh ibu bapa saya tidak seteruk di sebuah sekolah di Permas Jaya, apabila tandas pun dikenakan yuran!

Yang ini memang melampau. Memang kebersihan tandas sekolah sering menjadi isu di mana-mana sekolah pun, tetapi mengenakan yuran tandas bukan sesuatu yang bijak. Bukan semua murid pengotor, sehingga perlu dikenakan yuran kepada semua ibu bapa agar ‘bertanggungjawab’ atas kekotoran tandas sekolah.

Syukurlah Jabatan Pelajaran Negeri Johor mengeluarkan arahan memulangkan yuran tersebut. Jika tidak, tidak mustahil pelbagai jenis yuran pelik akan dikenakan ke atas ibu bapa.

Cukup-cukuplah menindas. Warganegara sudah cukup terkesan dengan kos sara hidup yang sangat membeban. Sampai satu tahap, kenaikan gaji tidak memberi apa-apa kesan kepada pengurusan ekonomi keluarga.

Janganlah pendidikan anak-anak menjadi batu pemberat untuk tambah menyesakkan kepala ibu bapa.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive