PENGHAPUSAN YURAN YANG MEMBAWA PADAH
Sebenarnya surat pekeliling tentang PAKEJ telah mula diedarkan kepada semua sekolah seawal cuti sekolah tahun 2007. Pekeliling berkenaan adalah untuk pihak sekolah memilih Pakej mana yang dirasakan sesuai dengan keadaan masyarakat sekeliling. Selepas meneliti surat pekeliling tersebut, pihak sekolah akan memberikan jawap balas kepada Kementerian untuk diklasifikasikan status sekolah sekolah tertentu itu dan jumlah PAKEJ yang dipilih.
Nilai Pakej adalah umpama yuran tetapi berlainan istilah sahaja. Tidak dinyatakan, bayaran PAKEJ untuk kegunaan apa tetapi pihak sekolah terpaksa mengutipnya dari ibu bapa. Wang tersebut akan diserahkan kepada kementerian. Jumlah pelajar harus lah bersamaan dengan wang yang dikutip. Sekiranya sekolah mempunyai seramai 2,000 pelajar dan jika PAKEJnya adalah RM20.50, maka jumlah yang akan diserahkan kepada Kementerian adalah RM41,000. Sebarangan kesilapan, pihak sekolah terpaksa menanggungnya.
Bila pekeliling dinyatakan tentang KUTIPAN PAKEJ, pihak sekolah sudah tahu maksud sebenar. Ia adalah untuk menggantikan YURAN KHAS. Ramai guru guru yang bimbang untuk meminta dari ibu bapa kerana walaupun nilai nya sedikit, guru guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai persaoalan dari ibu bapa. Untuk apa kutipan itu? Guru guru perlu menjelaskannya.
Kalau guru memberikan jawapan yang tidak logik tentang perincian butiran tersebut, ianya bakal mengundang padah. Jika YURAN, ianya adalah jelas, dikutip dan diserahkan kepada kerajaan (kementerian). Malangnya istilah itu tidak boleh digunakan lagi selepas PM sendiri menyatakan tentang penghapusan Yuran Khas pada pembentangan Belanjawan 2008 yang lepas.
Selepas istilah itu bertukar kepada PAKEJ, maka guru guru TERPAKSA menjelaskan tujuan kutipan tersebut. Maka timbullah senarai senarai yang tidak logik termasuk, pembayaran pencucian tandas dan kos tuala wanita untuk pelajar perempuan. Selepas dicampur semua butiran tersebut, ia akan bersamaan dengan jumlah PAKEJ yang dipilih. Yakni samaada RM40.50 atau RM30.50, atau RM20.50 dan sebagainya.
Adalah tanggung jawab guru guru dan pihak sekolah untuk mencipta butiran dengan harganya sekali untuk menolak sebarang pertanyaan. Namun ibu bapa sedar, butiran tersebut adalah rekaan semata mata dan ianya akan diserahkan oleh pihak sekolah dan kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian. Dengan bahasa lain, PAKEJ itu adalah YURAN khas yang jumlahnya sudah meningkat dari jumlah asal sebanyak RM18.00 (Sekolah rendah) atau RM25.00 (Sekolah Menengah). Berbeza atau tidak jumlah tersebut, bukan lah isu penting. Yang menjadi kemuskhilan dan rasa tidak puas hati pada ibubapa adalah, YURAN masih ujud.
Kementerian Pelajaran sedar akan hakikat ini tetapi menyerahkan semua tanggung jawab kepada sekolah untuk berdepan dengan ibubapa. Kementerian cukup mudah LEPAS TANGAN, meluluskan jumlah Pakej dan arahan pengutipan dilakukan. Ada guru yang tidak sabar sehingga mereka melenting kemarahan apabila ibu bapa mahukan penjelasan. Cukup mudah untuk menyatakan ianya sebagai gantian YURAN KHAS tetapi itu tidak boleh dijadikan jawapan. Ini bakal mengundang kemarahan.
Sejak sessi kemasukan pelajar ke sessi persekolah 2008, ibu bapa sudah mula bersuara. Jumlah tidak banyak tetapi ianya lari dari kenyataan Perdana menteri. Menteri sudah tidak boleh bersabar dan terpaksa menyerah kalah. Malu pada dirinya dan Perdana Menteri kerana usaha menipu rakyat tidak berjaya. Penipuan ini adalah jelas maka untuk tidak menjadikan ianya lebih panjang, dengan perasaan MALU yang tidak terhingga, Hisammuddin pun melenting kemarahan kerana segala tipu dayanya tidak berjaya. Ada rakyat yang belas melihat dan menyebelahi beliau. Tetapi jumlah yang menentang lebih ramai.
Rakyat gelihati melihat telatah seorang Menteri yang kononnya hebat menjulang keris laksana pendekar Melayu terbilang. Di dalam perkara ini Pendekar telah jatuh MALU bagaikan pihak lawan sedar yang keris dijulang sebenarnya sekadar pisau cukur. Pak Lah kini buat buat tak tahu. Beliau tidak memberikan sebarang komen. Hisammudin tinggal sendirian. dan beliau pun mencabar rakyat untuk mengutip balik wang yang sudah dibayar dan PAKEJ tersebut bukan lagi wajib.
“Nak minta (balik), mintalah. Itu (bayaran tambahan sekolah) bukan suatu bayaran yang wajib,” katanya.
Rakyat mungkin akan berasa lega dengan kenyataan tersebut, tetapi Menteri yang juga di gelar SOTONG ini sebenarnya hanya bercakap tanpa menyerahkan sebarang SURAT PEKELILING kepada sekolah sekolah. Lagi sekali perkara ini tergantung tanpa sebarang keputusan mutlak. Sedangkan pihak sekolah sendiri sedang menanti sebarang surat untuk pemulangan wang. Pihak sekolah kini menjadi serba salah kerana Menteri buat tawaran kepada ibu bapa dan bukan arahan kepada pihak sekolah.
Sebagai ibu bapa, menuntut kembali wang tersebut akan mencalarkan terus hubungan mereka dan ibubapa. Bagaimana pula untuk guru memulangkan wang jika tanpa arahan dari Kementerian? Guru bimbang akan dipersalahkan.
Isu ini akan senyap sekiranya ada isu lain yang timbul. Namun suara suara dibelakang masih terus berkumandang menyatakan rasa tidak puas hati mereka. Makanya, Selepas ini, rakyat tidak mahu lagi memberikan sebarang sumbangan mahu pun derma kepada pihak sekolah. Yang menerima padah adalah pihak sekolah.
Jika menilai jumlah YURAN yang dihapuskan tanpa mengaitkan dengan permasalahan lain yang dihadapi oleh ibubapa, mungkin ianya dianggap kecil. Sebagaimana yang dikatakan oleh Hisammuddin, “Sumbangan RM25, RM30 kepada sekolah itu tidak boleh menyebabkan sekolah ditutup. Demi anak anak, rakyat yang susah pun sebenarnya boleh berusaha untuk mendapatkan jumlah tersebut, biar pun bergolok bergadai, tetapi persoalan pokok disini adalah kenapa KENAPA KERAJAAN HARUS TIPU?
Jan 6, 2008
YURAN: KENAPA KERAJAAN HARUS TIPU?
Labels: Belit UMNO, Penipuan Yuran Sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment