Sorok punca kurang -- Pembelian panik turut menyebabkan minyak masak sukar diperoleh – TPM
PEKAN 5 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembelian panik oleh pengguna dan tindakan segelintir peniaga menyorok bekalan menjadi punca minyak masak kurang dan sukar diperoleh di pasaran.
Pilihanraya semakin hampir. Kenaikan harga minyak dan tol telah menyebabkan kemungkinan barangan lain turut naik harga. Namun sehingga hari ini kerajaan masih berdolak dalik dengan kemungkinan kenaikan harga barangan selain dari TOL yang sudah pun naik awal tahun ini. Mereka bimbang hilang undi. Desas desus sudah pun tersebar, kemungkinan kenaikan harga barangan selepas pilihanraya. Ianya sudah biasa berlaku dan pasti akan berlaku.
Pengeluar minyak masak dan pemborongnya sudah bertambah bijak dengan sikap pemimpin dan kerajaan. Mereka tahu pemimpin kalau ditarik tarik hidungnya, akhir akan tunduk.
Kekurangan stok minyak sudah berlaku sejak beberapa bulan yang lepas. Bermula dengan Kedah dan Terengganu. Tapi sehingga kini tiada ikhtiar yang bersungguh sungguh dilakukan oleh Kerajaan terutama KPDN&HEP, dibawah kawalan Shafiee Apdal. Tiada usaha untuk membawa masuk barangan dari luar mahu pun memantau stok di dalam negara.
Kini kekurangan stok minyak masak sudah menular ke seluruh Malaysia. Rakyat semakin kalut, kerajaan pula semakin terkentut kentut untuk menangani banyak masalah di dalam satu satu masa.
Bukan sahaja suri rumah, malah peniaga gerai dan restoran turut pening kepala dengan keadaan ini. Dimana minyak? Kalau berlarutan mungkin banyak kedai dan restoran akan ditutup. Negara akan lumpuh. Sudah pasti ada yang menyorokkan stok. Kalau mengikut pengeluar, mereka masih keluarkan jumlah yang sama malah sekarang terpaksa mengeluarkan lebihan stok untuk mengelak kekurangan di pasaran.
Kerana sibuk dengan politik dan pilihanraya, pemimpin seharusnya menghabiskan masa merancang dan memilih wakil. Disamping menemui rakyat setempat bagi mengembali kepercayaan mereka. Semua orang sibuk dengan politik sehinggakan perkara berkaitan dengan kekurangan minyak masak ini tidak diambil peduli. Kini Kerajaan Panik. Panik dengan kepincangan yang mereka hadapi. Pemerintahan dan kawalan terlalu lemah dan longlai. Bila bila masa sahaja pembangkang akan gunakan isu ini untuk dedah kepincangan kerajaan.
Ianya bukan baru dan bukan jarang jarang berlaku. Ia berlaku setiap perayaan dan kini bukan pada hari raya, tetapi ketika pilihanraya. Kebimbangan mereka lebih memuncak. Mana satu nak pantau, pilihanraya atau minyak masak?
Maka, media memainkan peranan membantu kerajaan. Menyatakan panik rakyat sebagai punca kepada kekurangan minyak masak. INi semua pembohongan kerana rakyat tidak membeli ikut suka hati. Mereka berpandu pada penggunaan. Kalau keluarga besar maka besar lah keperluan dan sebaliknya. Kenyataan media memutar belit punca, untuk memaksa kita menyalahkan antara satu sama lain. Kalau rakyat terpedaya, kita akan menyalahkan diri kita sendiri kerana kekurangan minyak. Bila alasan STOK DISOROK, maka rakyat akan menyalahkan peniaga dan pemborong. Hakikatnya, kerajaan dan para pemimpin tidak memantau dan memandang remeh apa pun keperluan rakyat sehinggakan ada pihak yang mengambil kesempatan diatas kelemahan mereka. Punca sebenar adalah, KERAJAAN LEMAH DAN LEMBAB. Banyak yang tidur dari berjaga.
Nampaknya kerajaan lebih PANIK dari rakyat.
1 comments:
tah hape2 la kan.. korang bygkanla aku g pasar borong selayang pon bole abis.. dgn minyak keta aku lg dah kena duit bukannye free.. takde sapa2 tah yg pantau mende ni.. nyusahkan aku je laa..
Post a Comment