KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 6, 2008

YURAN RAKYAT BHG 2

anjunglarik.blogspot

Siapa yang melenting....? Ibubapa atau ..?

Dalam hal ini , Datuk Seri Hishammuddin harus faham dan dapat membezakan antara kedudukan beliau sebagai seorang menteri yang bertangungjawab dengan kedudukan ibu-bapa selaku rakyat pegundi….

Salahkah seorang pegundi yang mengundi kerajaan, mengadu nasib dan masalah nya kepada pemimpin nya? Adakah rayuan dan rintihan ini dinamakan "melenting"? Siapa yang sebenar nya melenting ?, kelihatan nya seperti Datuk Seri Hishammuddin, sendiri yang melenting dan panas baran ekoran diasak masalah ini…. Malah memalukan apabila sangggup, membuat kenyataan seakan-akan mengaku kalah….

Datuk Seri Hishammuddin telah diberi kepercayaan sebagai wakil kepada rakyat…Selaku seorang pemimpin muda yang sepatut nya lebih mesra rakyat…tetapi telah bertindak disebalik nya. Inikah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat atau bakal digelar seorang pemimpin cemerlang, gemilang dan terbilang…? Ataupun inikah pemimpin yang layak menjulang keris warisan pusaka bangsa…? Tepuk dada tanya selera...........

Tahukah Datuk Seri Hishammuddin, kenapa ibu-bapa (selepas ini saya akan gunakan perkataan rakyat) di zaman ini melenting dengan isu-isu yuran ini, sedangkan dahulu nya tidak?. Cuba bukakan mata Datuk Seri Hishammuddin luas-luas, dan lihatlah keadaan persekitaran realiti kehidupan Malaysia yang tercinta ini…ternyata keadaan kehidupan sekarang ini amat jelas mengambarkan kecelaruan...ketidak tentuan, mengambarkan bertapa kos sara hidup dah mula melambung tinggi, sehingga amat payah rasanya, hendak menanggung kos perbelanjaan yang kian menjulang naik ini. Ini belum lagi dengan masalah kekurangan minyak masak, tepung dan berbagai lagi masalah sampingan yang menyesakkan dada.... Jadi terpaksalah suara rakyat ini, terlontar keluar , akibat sudah terpendam begitu lama... Ibarat api dalam sekam, hanya menanti minyak diterkam sang bara.....

Jangan Datuk Seri Hishammuddin sempitkan skop pemerhatian, pada masalah yuran sahaja, lihat lah pada fonomena kenaikan harga minyak, tol, elektrik, air, cukai pintu, cukai tanah, dan pelbagai lagi bayaran yang dahulu tidak wujud tetapi kini perlu wujud…sehinggakan barangan penyewa rumah pun sanggup disita, akibat tuan empunya rumah tidak membayar cukai….. Inilah antara contoh-contoh yang amat berkaitan dengan fonomena apa yang Datuk Sri katakan, " melentingnya" rakyat kita dewasa ini …?.

Datuk Seri Hishammuddin harus sedar dengan membayar yuran lebih RM 10 ringgit pun akan mengubah corak perbelanjaan sesebuah keluarga…. Sekali lagi diingatkan janganlah dipandang pada masalah yuran sahaja, tapi pandanglah kepada kos sara hidup secara keseluruhan nya… bukankah pihak kerajaan pernah berkata kalau hendak menghukum, hukumlah dengan berita sepenuh nya, bukan berita sekerat-sekerat…..

Lagipun Datuk Seri Hishammuddin harus sedar, rakyat sekarang ramai yang telah berpelajaran , ramai yang sudah tahu menulis dan membaca, ramai juga yang telah celik IT, dan tidak hairanlah mereka tahu hak bersuara yang dimiliki oleh mereka. Takkan hak bersuara ini juga perlukan permit polis....!!!!

Jadi Datuk Seri Hishammuddin jangan lah merasa pelik….Inikan hasil kejayaan bersama, hasil dari kejayaan dasar pelajaran negara…Sekali lagi soalan ini ditujukan kepada Datuk Seri Hishammuddin, "salahkah seorang rakyat mengadu nasib nya kepada pemimpinan nya…?"

Ataupun yang salah nya, kerana membuat Datuk Seri Hishammuddin melenting sebab keselesaan dan keamanan hidup, Datuk Seri Hishammuddin diganggu gugat oleh masalah remeh ini ( ini merupakan anggapan Datuk Seri, sedangkan masalah ini merupakan masalah besar bagi rakyat biasa seperti saya...)

Janganlah Datuk Seri, memulangkan paku buah keras.....sehingga sanggup bertanya apakah sumbangan rakyat kepada negara …..Kerana rakyat juga berhak bertanya apakah sumbangan pemimpin kepada pegundi nya…. Rakyat masih belum puas, dengan jawapan semberono yang didengar dari mulut pemimpin nya... Inikah balasan yang diberi seorang pemimpin kepada orang-orang yang dipimpin nya…?

Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin yang mengatakan "sekolah tidak akan ditutup dengan tiada nya sumbangan rakyat”, amatlah angkuh sekali , wahai Datuk Seri… Ingatlah ini bumi tuhan….bukan milik mutlak, kita selama nya….

Hari ini kita berkuasa, esok-lusa kuasa bisa terlucut....
Hari ini kita sihat, esok-lusa kita mungkin sakit tenat....
Hari ini kita kaya, esok-lusa mungkin kita merempat....

Yang pasti nya...

Hari ini kita hidup, esok-lusa pasti kita akan mati.............
Hari ini kita berdosa, esok-lusa pasti dituntut di akhirat kelak......
Kata orang dari hidup bergelumang dosa, lebih baik bergalang tanah........

Dan jangan sesekali, Datuk Seri, membuat kenyataan streotaip yang bodoh lagi jumud, dengan mengatakan “duit rokok boleh bayar, takkan yuran sekolah tak boleh bayar…” . Rasanya berapa peratus rakyat yang merokok….takkan sebab “nila setitik…semuanya terbalit biru….?” Lagipun, bukankah, semuanya sudah berbayar atas nama cukai kerajaan.....Ataupun Astro boleh bayar, yuran tak boleh bayar.. cubalah buat bancian berapa ramai rumah yang ada Astro di Malaysia ini...? |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive