KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 6, 2008

TEPUNG PULAK KURANG ......

Tepung guni kurang
KOSMO

Fenomena itu mencetuskan pelbagai persoalan di kalangan peniaga yang rata-ratanya bergantung kepada bekalan tepung guni yang lebih murah berbanding tepung peket.

Tinjauan KOSMO! Ahad di sekitar ibu negara semalam mendapati, kebanyakan peniaga terpaksa berusaha mendapatkan bekalan sendiri dan tidak lagi bergantung kepada pembekal.

Menurut pemilik sebuah pasar raya mini di Kampung Pandan, Zaliza Roduan, beliau terpaksa keluar mencari bekalan di Pasar Borong Selayang setelah tiga pembekal utama gagal memenuhi permintaannya.

“Merata-rata saya cari tepung, itu nasib baik kalau dapat dan untuk pelanggan pula saya tidak catu, siapa cepat dia dapat, sebab saya tahu mereka berniaga. Tapi sampai bila nak jadi begini?,” soalnya.

Seorang lagi peniaga di Jalan Peel, Cheras yang cuma ingin dikenali sebagai Lim berkata, setelah tiga bulan bertahan dengan bekalan yang ada beliau akhirnya kehabisan bekalan tepung sejak kelmarin.

Bagi peruncit dari Gombak, Akob Mamat, 69, pula memberitahu, beliau tidak boleh lagi memesan seperti dulu sebaliknya pembekal sendiri menentukan jumlahnya.

“Sebelum ini, saya boleh dapat 80 guni tepung gandum sebulan, tapi kini 20 guni untuk sebulan pun belum tentu,” katanya.

Sementara itu, bahang kekurangan tepung di pasaran turut dirasai oleh penjual kuih, Rahimah Ab. Rahman, 45, yang menyatakan, suaminya terpaksa mencari bekalan hingga ke Rawang menyebabkan kos meningkat.

“Saya tiada pilihan lain dan terpaksa menaikkan harga kuih. Dulu sebiji kuih saya jual 35 sen sekarang saya terpaksa jual 40 sen,” kata Rahimah yang menjalankan perniagaan di Sungai Buloh, Selangor. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive