Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Rosol Wahid dalam satu sidang akhbar di ibu negara malam ini, berkata tidak mustahil perkara seumpama itu berlaku memandangkan pelantikan tersebut tidak mendapat sokongan kesemua Adun berkenaan.
Katanya kesemua mereka telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bagi memberikan sokongan padu terhadap beliau.
"Kami menyatakan sokongan penuh semua wakil rakyat kecuali Kijal (Ahmad Said) atas keputusan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Maksudnya tidak ada calon lain yang dicadangkan untuk jawatan tersebut," katanya.
Menurut beliau, tidak ada sebab untuk Idris tidak dipilih berdasarkan kepada reputasi dan pencapaian cemerlang beliau dalam mentadbir negeri berkenaan sejak empat tahun lepas.
"Apa yang berlaku pagi tadi di Istana Tetamu sebenarnya tidak mendapat persetujuan kami semua dan ini berbeza dengan apa yang berlaku di Perlis. Ertinya Adun Kijal berseorangan dalam perkara ini," katanya.
MStar
Mar 24, 2008
23 Adun T'ganu terus UGUT letak jawatan
Labels: Belit UMNO, Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
HELLO....UMNO..Kalau nak letak jawatan...teruskan laa...Toksah dok ugut2...Kalau betul2 gentlemen, just resign ramai2...Jangan jadi mcm Hishamuddin 'Auwww'...Cakap je lebih...Teloq tak dak...
Mana dia 'Pembela Melayu' yang angkat keris hari tu...Haaaa? La ni yang angkat keris tu la yg jadi DAJAL pada seluruh Sultan dan seluruh umat Melayu...
Puiiihhhhhh............
Post a Comment