DAULAT TUANKU!
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
Sultan Mizan Zainal Abidin mula mendapat perhatian umum bila ditabalkan menjadi Sultan Terengganu pada 1998 kerana Baginda merupakan sultan yang muda, bijak dan also good looking.. eheheh ampun tuanku!
Tambahan lagi dengan kehadiran such a lovely Queen Tuanku Nur Zahirah yang cantik, lemah lembut dan yang penting MENUTUP AURAT..
tahun 2005, aku berpeluang melihat Sultan Mizan dari jarak dekat walaupun taklah dekat sangat, semasa bawak budak2 PLKN Kem Princess Haliza tgk lumba kuda kat Rawang.. apa ntah nama tempat tu aku pun dah lupa.. tapi memang masa tu kawan2 jurulatih semua tertunggu2 kehadiran Seri Paduka ni sbb semua dah maklum minat dan penglibatan Baginda dalam sukan berkuda..
tahun 2007, aku berpeluang melihat Tuanku Nur Zahirah dari jarak dekat walaupun taklah dekat sangat, semasa bawak budak2 PLKN Kem Millennium ke Stadium Putra Bukit Jalil utk perasmian Sukan Wanita.. cantiknya Baginda.. memang meriah riuh rendah stadium yg dipenuhi oleh majoritinya wanita.. bila MC umumkan Tuanku nak rasmikan sukan tu.. dari jauh nampak Tuanku pun ala2 tersipu2 sbb disorak oleh rakyat sedemikian rupa.. memang suka sangat tgk Tuanku Permaisuri ni.. dah la cantik.. baik.. pakai tudung.. sungguh bijak Sultan Mizan memilih permaisurinya..
semua rakyat memang sayang dan hormat pada kedua Baginda ni.. cool giler.. mmg relax je.. aku ingat abg azran citer pasal gelagat Sultan Mizan masa bertitah kat KUSZA.. haha.. ampunn Tuanku..
dan ramai kita yang tahu apa yg berlaku selepas BN berjaya amik balik Terengganu lepas Pilihanraya Umum ke-11..
dan.. sekali lagi sejarah Terengganu berulang selepas pilihanraya ke-12.. malah lebih teruk lagi kali ni..
BARISAN NASIONAL PEOPLE YOU ARE TOO MUCH!!!!!!!
Kisah #1
Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan yang dianggap menderhaka kepada Seri Paduka Sultan Perak @ Pemangku Sultan Perak - Raja Dr Nazrin Shah yang amat dihormati kerana tak bersetuju dgn pelantikan MB drp PAS.. dan beberapa minit selepas itu, MENGGELABAHLAH manusia UMNO yang MARAH SESANGAT kepada Lim Kit Siang dan sanggup menganjurkan PERHIMPUNAN HAR.. eh? HALAL ke? utk mendesak Lim mohon maaf kepada Istana.. dan Lim dengan rendah dirinya mengadap Raja Dr Nazrin Shah utk memohon maaf..
Kisah #2
Shahidan Kassim tergezut badak bila Seri Paduka Raja Perlis melantik Dr Isa sebagai MB Perlis..
"Awat lagu ni? Pak Lah help me.. help meeee... Depa tak kesian kat saya kaaa...?"
WHATEVER.. people hate you Shahidan.. tak sedaq ka? Badui, hang ingat hang sapa?
Bergolaklah seketika isi hati jantung Badui & Shahidan (the only members in their team) dengan kehendak Istana Perlis.. tapi akhirnya "takpa laa.. dah depa nak dia jadi MB.. nak wat lagu mana..? terima ja la.. sat gi kalau tak terima pulak apa habuk pun takdak.."
tapi.. ada ke sapa2 yg p mintak ampun dgn Raja Perlis?
Kisah #3
Idris Jusoh dengan bangganya mengesahkan kemenangan BN di Terengganu dan bersiap sedia utk mengangkat sumpah di Istana....................... eh? bila ek? tak jadi? orang dah siap2 pakai sut baju melayu hitam dah tunggu kat istana tapi.. dok jadik pulok.. takde oran pung nok angkak sumpah mende oork?
terkedu seketika Jusoh Enterprise.. eh? Idris Jusoh.. maka jadilah Terengganu kita sebagai negeri yang diTAKLUK oleh BARISAN NASIONAL tetapi tiada kerajaan negeri.. bergembiralah jin masjid Kristal yang mahal lagi cantik lagi tidak imarah itu..
Selangor sudah.. Perak sudah.. Perlis pun sudah.. tengganu dok sudoh2 agi ni..
akhirnya!
istana lantik Ahmad Said utk jadi MB baru..
eh? belung selesai agi? pulok?
22 ADUN tak setuju dgn ahmad said.. sebaliknya masih inginkan PAYUNG Jusoh Enterprise.. eh! salah lagi.. Idris Jusoh..
maka dipecatlah ahmad said drp UMNO.. kerana melanggar perlembagaan parti..
erm.. soalannya..
1. adakah ahmad said mengeluarkan pelantikan dari Istana Terengganu utk dirinya sendiri?
2. apa perlunya meletakkan ahmad said dalam keadaan serba salah..?
* menerima watikah pelantikan daripada ISTANA kerana ia daripada SULTAN3. kenapa beria2 sangat 22 DUN tu nak selamatkan idris?
* menolak watikah pelantikan ISTANA kerana takutkan PRESIDEN UMNO YANG TAKDE DAULAT DAN KEHORMATAN LANGSUNG
4. kenapa beria2 sangat TENGKU ADNAN, PAKLAH nak selamatkan idris?
5. kenapa KURANG AJAR SANGAT UMNO ni sekarang? DERHAKA, dah mula ugut mengugut.. MELAYU ke? ISLAM ke? LAKNAT kot?
hah.. dah la sambutan Maulidurrasul peringkat negeri Terengganu tanpa kehadiran orang2 istana.. tak sedar2 lagi ke idris dan kuncu2 kau? kalo stakat kata rakyat yang meluat dengan kau, mungkin la kau bleh bertahan lagi dgn kebodohsombongan kau kan.. tapi kalo dah sampai orang istana pun tak hinginnnnnnn.. SEDOR DIRI LE WEH!!!
1 comments:
hakhakhak...artikel ni aku suka...!!! mmg gempak lg terang lg nyata...klo dak paha jugok mu kasik bawok je demo2 tu masok utan ghimbe....
payah beno nk dipejelahkan..
ha..!!!ambik ko artikal ni..!!!!
Post a Comment