KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 24, 2008

UMNO PENDERHAKA !!!


Abdullah sanggup mengangkat sumpah dan kemudian menderhaka kepada Baginda
Radenjowo
Setelah memetik banyak artikel di dalam internet, maka waktunya wak memberikan kesimpulan. UMNO sekarang sudah sampai tahap nazak. Sanggup menderhaka kepada Sultan yang dijunjung. Hancurnya kedaulatan Raja Raja adalah kerana UMNO. Kini UMNO Terengganu sendiri sudah berpecah belah. Ketua UMNO bahagian menyatakan sokongannya kepada Sultan, manakala Pemimpin mereka sudah menyebelahi Pak Lah dan Idris. Malah Pemuda UMNO Cheras juga mampu mencela mereka mereka ini akibat kebiadapan yang ditunjukkan.

Bersyukurlah kerana bukan aku yang menjadi Sultan. Jika aku, nescaya mereka mereka ini kubuang keluar dari Terengganu. Kerana kesabaran, mungkin pertimbangan baginda, kesempatan di ambil untuk bertindak biadap.

Sanggup memperbudak budakkan baginda Sultan kerana perebutan kuasa antara mereka. Wahai Pemimpin Pemimpin UMNO, kalian ini sepatutnya sudah masukkan ke ISA atau di buang negeri. Kerana kalian telah menghancur leburkan perpaduan rakyat. Sultan adalah lambang kehormatan bangsa Melayu dan cara serta kaedah yang UMNO gunakan sekarang sudah diluar batasan.


Wakil golongan penderhaka di depan Istana Maziah, T'ganu

Harapkan pagar, pagar makan padi. Sudah diberikan betis hendakkan peha. Harapkan Perdana menteri, Perdana Menteri langsung tak berguna. Turut sama kurang ajar dan tidak tahu mempertimbangkan pendekatan apa yang harus digunakan. Sungguh memalukan dan memberikan contoh yang amat tidak baik kepada anak anak bangsa.

Penyokong UMNO tanpa di awasi sanggup membuat kain rentang membinatangkan Sultan. Apa lagi yang bakal mereka lakukan sekiranya semua ini terus dibiarkan. Nyah kau dari Terengganu dan cari lah tempat yang sesuai untuk kamu semua berteduh.

Melihatkan tingkah laku mereka, seolah olah mereka ini bukan lagi berjuang menggunakan akal dan fikiran. Malah budaya dan sopan santun pun tergadai. Bukan soal pangkat dan kuasa tetapi soal menutup pekung yang mereka lakukan selama ini.

UMNO MEMALUKAN, MEMUALKAN dan MENJELEKKAN !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive