Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku sekarang seolah-olah pemimpin itu masih mahukan jawatan tersebut.
"Sekiranya beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan itu dan menerima ketentuan qada� dan qadar Allah, sudah pasti Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu itu menasihati Adun BN lain menerima pelantikan Menteri Besar yang baru.
"Ini kerana nasihat seorang pemimpin akan diterima baik penyokong atau pengikutnya. Beliau boleh sebut saya nak berundur diri," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Datuk Bandar Yin-gor Narathiwat, di JKR 10, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan 22 Adun BN memulau pelantikan Adun Kijal, Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan Idris.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sejak dari dahulu lagi beliau sering menjelaskan pemimpin Umno tidak ikhlas membela nasib orang Melayu memandangkan kepentingan peribadi lebih diutamakan. - Harakahdaily
0 comments:
Post a Comment