KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 24, 2008

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN ISTANA

khairulnizambakeri.

Aku rasa ini pesan yang semua orang ingin beritahu pada UMNO dan BN. Isu Menteri Besar Terengganu masih belum reda. Sultan tetap mahu Ahmad Said. BN degil dengan Idris Jusoh.

Pak Lah pun sama juga. Tegar dengan keputusan. Ada juga hal-hal yang Pak Lah tetap pendirian, rupa-rupanya. Haha.

Lebih lucu dan ironi, UMNO Terengganu pula boikot angkat sumpah untuk Menteri Besar Terengganu. Rosol kata, ini bukan derhaka. Idris Jusoh dipilih rakyat.

Habis, masa DAP mahu boikot angkat sumpah di Perak, derhaka pula namanya? Apakah DAP tidak dipilih rakyat? (Ini taakulan mantik saja, aku bukan orang DAP.)

Malah aku rasa UMNO lebih ekstrem dalam mendepani golongan raja. UMNO main elat. Guna surat arahan: kalau kau angkat sumpah, kau bukan lagi ahli UMNO.

Maka sudah tentulah hal perlantikan Menteri Besar akan berhadapan komplikasi sulit kalau Menteri Besar tidak ada parti. Takkan Ahmad Said mahu sertai Tok Mun dengan Parti Anak Kunci.

Istana terpaksa tangguh lagi perlantikan.

Muhyiddin pula yang tampil nasihat Pak Lah dan Idris Jusoh untuk jumpa Sultan Mizan bagi membincangkan hal ini. Nasib baik Muhyiddin tak kena tendang dalam penyenaraian Kabinet. Ada juga orang tolong nasihat.

Orang yang setuju untuk adakan EGM buat UMNO.

UMNO perlu halus dalam hal-hal melibatkan kuasa istana. Sebagai parti wakil Melayu, sepatutnya parti inilah yang paling memahami indahnya konsep raja berperlembagaan yang melibatkan warisan ketuanan Melayu melalui golongan diraja.

Tambahan pula, Sultan Mizan juga kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong kita semua.

Daulat Tuanku.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive