Idris terima keputusan istana
bharian.
KUALA TERENGGANU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Idris Jusoh, menerima keputusan Istana Terengganu melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, sebagai Menteri Besar yang baru.
"Kita terimalah keputusan (istana) saya tak pergi larang pun... tak apa-apa. Ada tak kita kata nak pergi langgar keputusan... kita hormati keputusan yang dibuat oleh istana," katanya.
Pada sidang media di kediamannya di Batu Burok di sini semalam, Adun Jertih itu bagaimanapun berkata, rakyat Terengganu nampaknya tidak begitu puas hati dengan apa yang berlaku.
Ditanya apakah tindakan yang akan diambil Umno negeri kerana 22 daripada 23 Adun menyokong beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar, Idris berkata: "Kita akan mendapatkan nasihat Perdana Menteri apa tindakan yang perlu diambil."
Idris yang menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Seri Perdana, Putrajaya, petang semalam, berkata beliau juga akan meneliti implikasi undang-undang sebelum membuat ulasan mengenai perkara itu.
"Saya tahu saya masih mendapat sokongan daripada 22 Adun dan saya tahu rakyat ikut bersama-sama saya. Jadi kita perlu melihat implikasi undang-undang dengan lebih mendalam sebelum saya membuat komen mengenai perkara ini.
"Saya tahu bahawa Perdana Menteri juga bersama-sama dengan saya kerana semalam saya mendapat panggilan daripadanya dan juga panggilan daripada Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)," katanya.
Ditanya sama apa senario yang berlaku ketika ini akan mengeruhkan lagi hubungan antara istana, Umno dan rakyat, Idris berkata terserah kepada pemberita untuk menilainya kerana beliau hanya memberitahu apa yang diketahuinya saja.
No2umnO - Bagaimana agaknya kepimpinan IDRIS JUSOH sekiranya beliau sendiri tidak boleh mengawal tindak tanduk orang bawahan. Tidak cuba untuk meredakan keadaan kerana di dalam dirinya masih ada usaha dan harapan untuk menjadi MB di Terengganu. Hipokritnya natang nih.....
KARMA AKIBAT FITNAH WALAUN.
32 minutes ago
0 comments:
Post a Comment