Kalau bukan kerana Khairy, sudah pasti UMNO dan BN semakin kukuh. Begitulah yang dikatakan orang teman berbangsa Cina yang aku temui. Menurut teman lagi, keris yang dijulang oleh Khairy di dalam perhimpunan UMNO setahun dulu telah menyebabkan namanya dikenali oleh Kaum Cina. Walaupun sebelum itu, Kaum China hanya tahu tentang nama dan kedudukan, tetapi tidak rupa. Tapi sekarang, semua kaum sudah kenal dan mereka bimbang, kalau Khairy dan UMNO diberikan mandat lagi, banyak keadaan yang buruk akan berlaku.
Menjulang keris adalah budaya UMNO. Dimulai oleh Najib yang ingin membasahkan keris dengan darah kaum Cina, kemudian Hishamudin dan Khairy.
Menurut teman lagi, kaum Cina sudah bertekad untuk menolak BN pada tahun ini, tetapi mereka tidak tunjuk depan depan kerana mereka tahu bahawa perniagaan yang mereka jalankan memaksa untuk tidak terlalu menonjol dan perpatian, jika ini berlaku, mungkin ada antara penyokong BN yang tidak mahu berkunjung ke kedai ataupun berurusan dengan mereka.
Tempoh kempen sudah masuk ke fasa ke 2 dan kini sudah ramai bangsa Cina yang datang hadir pada hari kempen tidak seperti minggu awal dahulu. Mereka lebih sibuk dengan perniagaan dan bahang yang ketara sekarang, tidak membetahkan mereka dengan kerusi yang empuk selain mahu turun padang bertemu pemimpin.
Cuma kaum China kurang kelihatan mengibarkan bendera pas dan keadilan kecuali calunnya terdiri dari bangsa mereka sendiri. Mungkin marah mereka ada lagi pada sesebuah kaum yang menjadikan mereka sedikit perkauman. Itu pengamatan aku.
Dan sekurang kurangnya, lega rasa apabila kaum Cina yang aku temui sudah memberikan pendapat mereka. Mereka tidak benci kepada kerajaan, tetapi mereka membenci UMNO yang terang terangan menjadi musuh kepada kaum. Kepada melayu mereka khianat, Cina mereka musuh dan Kaum India mereka tekan.
Lantas kesimpulan yang wak boleh berikan ........ Bye Bye Barisan Nasional, Chow UMNO !!!
Mar 5, 2008
KAUM CINA vs UMNO
Labels: Belit BN Belit UMNO, Kaum Cina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
takut perniagaan pun ada...
tapi yang jarang disebutkan, aku rasa, takut result SPM kot...
tiap tiap kali adakan pilihanraya betul betul sebelum result SPM keluar.
ni meritokrasi palsu dah ada, NEP dah ada, susah nak masuk univ.
kalau tetiba result SPM pun kena peralatkan, hancur masa depan anak.
(bandingkan anak, dengan negara, sebagai mak bapak, pilih anak lo...)
Post a Comment