Dalam pada itu, Dollah Badawi turut menyuarakan ugutan yang sama.
Jual rumah PPR: BN tunggu isyarat pengundi
Utusan Meloya
KUALA LUMPUR 4 Mac - Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pengundi perlu memberi 'isyarat' kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membolehkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan itu dijual kepada penduduk
"Kita tunggu isyarat pengundi. Mereka perlu beri mandat kepada kita supaya apa yang dijanji dapat ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas melawat PPR Kerinchi MTEN di sini hari ini.
Shahrizat berkata, untuk permulaan sebanyak 1,896 buah rumah PPR tersebut akan dijual sekiranya BN mendapat mandat penduduk di situ.
Katanya, kerajaan BN sudah menunaikan janji untuk membawa masuk dan menyewakan rumah tersebut kepada penduduk pada pilihan raya umum 2004.
"Pada pilihan raya umum kali ini pula, kita janji akan membolehkan rumah PPR di sini dijual kepada penduduk untuk masa depan semua.
"Semuanya terpulang kepada pengundi pada 8 Mac ini, sama ada mahu membeli atau tidak. Mereka perlu yakin dengan janji kerajaan BN," katanya.
KUALA LUMPUR 3 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan mempertimbangkan permintaan lebih 3,000 penyewa rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membeli rumah berkenaan.Menurut beliau, kerajaan sedar dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Pantai Dalam yang terpaksa menyewa rumah itu selepas berpindah dari rumah setinggan untuk memberi laluan kepada pembangunan di kawasan terbabit.
''Kerja keras, majukan kawasan, sediakan kemudahan dan apabila sudah menang (Barisan Nasional) jumpa saya,'' kata beliau.
No2umnO - TERDESAK !!! UMNO dan BN Sudah sampai ke tahap MENDESAK dan UGUT. Keadaan sungguh meruncing. Mungkin perasaan bimbangnya lahir dari sambutan rakyat yang hambar ketika lawatan beliau dan Abdullah Badawi pada malam tadi. Dilapurkan bahawa Kedua dua pemimpin ini MALAH di "BOO" dan apabila bermulanya sessi ceramah, hujan pula turun.
Berikutan keadaan itu, maka ugutan dikeluarkan. Dengan maksud lain..... kalau nak beli rumah undi BN. 2004 rakyat dipindahkan dan 2008 ini baru berhasrat untuk dijual selepas penduduk rumah panjang PPR merungut tentang sikap kerajaan yang bermain tarik tali untuk menjual atau tidak penempatan tersebut selama tempoh 4 tahun sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment