n32.blogspot
Saya terperanjat tadi apabila menonton TV3, bilamana wartawan bertanya kepada Ketua Polis Negara berkenaan laporan mukadepan Berita Harian hari ini, iaitu kenyataan Setiausaha Akhbar Presiden PAS bahawa PAS sedia guna kekerasan dalam PRU kali ini. Tan Sri Musa terus menyatakan bahawa kenyataan itu satu ancaman dan pihak polis akan menyiasat kerana ia mengancam keselamatan negara.
Insan mana yang tidak berderau darahnya jika Ketua Polis Negara sendiri membuat kenyataan seperti itu, tambah-tambah saya pun bukannya jenis yang berani sangat pun. Tetapi anehnya saya tidak pula berasa takut atau meremang bulu roma bila mengikutinya, sebaliknya hati terasa sejuk dan dalam waktu yang sama kesal kerana niat baik PAS untuk menjunjung dan mendaulatkan demokrasi disalah anggap.
Sebenarnya petang tadi hati saya telah pun terhibur apabila menerima panggilan dari Tuan Guru Presiden yang terus mengucapkan tahniah kepada saya kerana mendapat paparan muka depan hari ini. Jenaka Tuan Guru menghiburkan hati saya, dalam pada marah dan kesal terhadap penipuan yang dirancang oleh phak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggagalkan demokrasi itu. Tanpa mahu sedikit pun mengambil kredit, saya menyatakan kepada Tuan Guru saya sekadar menyuarakan isi hati Presiden saya.
Kerana itu apabila melihat kenyataan keras Tan Sri Musa itu saya agak kecewa. Mungkin Tan Sri KPN tidak berpeluang membaca sepenuhnya laporan oleh Sdr. Azman yang mewawancara saya itu. Tajuk berita, bukan datangnya dari saya, tajuk berita adalah bikinan Ketua Pengarang akhbar berkenaan, yang penting adalah isinya, dan kiranya saya disiasat insyallah saya akan cuba menyatakan perkara yang sama sebagaimana terkandung dalam laporan itu. Tiada siapa yang merancang atau berniat untuk mengancam keselamatan negara (yang ada adalah mereka yang mercangan dan berniat untuk mengancam demokrasi dalam negara).
Kebimbangan terpancar diwajah isteri saya, saya beritahu beliau insyallah kita berada dipihak yang benar. Allah bersama mereka yang benar.
Kawan-kawan tidak putus-putus telefon dan mengirim SMS, yang pentingnya demokrasi pada 8 haribulan nanti perlu dipertahan dan diselamatkan, saya dan yang lain tidak penting. Saya berharap agar pihak keselamatan akan mengambil kira kebimbangan PAS ini dan memastikan yang hanya pengundi yang sebenar sahaja akan turun pulang mengundi terutama di Kelantan dan Terengganu.
Siapa pun tidak rela melihat sesebuah kerajaan terbentuk melalui penyelewengan dan penipuan yang terancang. Biarlah rakyat memutuskan siapa yang mereka mahu memimpin mereka, secara aman dan bebas. Itulah harapan kita, dan disaat genting ini jaminan pihak keselamatan bahawa tidak akan ada pengundi hantu atau sebarang usaha penyelewengan dan penipuan akan berlaku pada 8 haribulan ini lebih penting dari mahu menyiasat mereka yang sebenarnya cintakan kebenaran dan keadilan.
Mar 5, 2008
KPN mahu siasat saya?
Labels: Belit Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Hoi Musa! Engkau Jangan Jadi Barua Pork Lah.. Engkau Memang Binatang Peliharaan BE END!! Siap La Engkau Kalau BA Menang Memang mampos la rakyat kerja kan engkau!!
Kalau BA Menang MUSA HASSAN Perlu Di Siasat!! Engkau Memang ANJING!!
BANGSAT PUNYA KETUA POLIS!!
Post a Comment