Tawar gigi dan cermin mata 'percuma', Rafidah mula 'pancing undi'
Ekmal Yusof
harakahdaily.net
KUALA KANGSAR, 5 Mac (Hrkh) - Calon Parlimen Kuala Kangsar, Dato' Seri Rafidah Aziz kini terpaksa beralih usaha bagi memancing undi di kampung-kampung dengan menawarkan gigi-gigi palsu kepada warga emas di kalangan lelaki dan perempuan.
Kalau sebelum ini dilaporkan usaha Umno-Barisan Nasional (BN) menyogokkan banyak wang kepada pengundi-pengundi orang biasa dengan menyediakan pelbagai majlis perjumpaan untuk penyampaian sumbangan kewangan kononnya bagi membantu mangsa banjir, pelajar-pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya, maka kini terpaksa pula menumpukan menarik pengundi sepenuhnya kepada warga emas yang sudah tiada bergigi.
"Kali ini setelah umno-BN berasa kurang berkesan pengaruhnya terhadap kaum muda yang memiliki ilmu, maka kini Rafidah terpaksa mencari pengundi-pengundinya kepada mereka yang telah berpangkat 'datuk dan nenek' pula," kata calon Parlimen Barisan Alternatif (PAS), Dr Khairuddin Dato' Malek di ceramah umum yang dihadiri lebih 5,000 orang di Kampung Kota Lama Kanan, dekat sini malam tadi.
Tegasnya, sekarang Umno-BN sudah menjadi seperti cacing kepanasan, sudah tidak tentu arah apa lagi hendak dibuat untuk memancing undi, jadi tiba-tiba sahaja ketika PRU-12 sudah hampir sangat Rafidah pun menawarkan gigi palsu bagi memudahkan orang-orang lama itu untuk dengan makan selesa dan memakai cermin mata bagi menerangkan pengelihatan padahal selama ini golongan ini tidak pernah dipedulikan.
"Tetapi apa yang menyedihkan, dari sumber yang layak dipercayai menyatakan bahawa mereka yang berkenaan itu datang hendak mengambil gigi di kedai, tukang gigi itu memberitahu, gusinya saja percuma tetapi giginya kena dibayar sendiri.
"Sementara yang membuat cermin mata, iaitu rangkanya saja dikira percuma tetapi harga cerminnya terpaksa dibayar duit poket sendiri juga. Kena tipu, kena tipu lagi,"ulasnya lagi. - mks.
Mar 5, 2008
RAFIDAH RASUAH PENGUNDI HANY DENGAN GUSI DAN BINGKAI PERCUMA
Labels: Belit Rafidah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment