KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 5, 2008

Protesting against the unclean, unjust and unfair 12th general election process

Photobucket

Photobucket
Fuziah Salleh: Sending a memo to SPR Pahang in Kuantan 4 Mac 2008
Protesting against the unclean, unjust and unfair 12th general election process.

LAPORAN POLIS
5hb Mac 2008

PENIPUAN SPR TERHADAP RAKYAT MALAYSIA

Saya merujuk kepada kenyataan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Datuk Kamaruzaman Mohd Noor (rujuk Sinar Harian 27 feb 2008). Kenyataan beliau mengatakan bahawa Daftar Pemilih Induk (DPI) yang diguna pakai dalam pilihan raya umum ke 12 yang diwartakan pada 5 Februari lalu telah dibersihkan daripada senarai pemilih yang telah meninggal dunia sejak 1 Januari 2004 sehingga 31 Disember 2007.
Beliau juga menyatakan bahawa pemilih yang baru meninggal yang belum sempat di bersihkan akan dimaklumkan kepada Ketua Pusat Mengundi yang terbabit.

Penelitian saya terhadap perkara ini menunjukkan bahawa kenyataan beliau tidak benar sama sekali dimana beliau telah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia.

1. Saya punya bukti bahawa daftar pemilih yang dikeluarkan SPR untuk kawasan Parlimen P083 Kuantan masih lagi mengandungi nama-nama pemilih yang telah meninggal dunia sebelum Disember 2007. Nama mereka tetap masih kekal di dalam daftar pemilih.

2. Saya juga punya bukti bahawa ada nama yang telah ‘diBERSIHkan’ daripada daftar pemilih sebelum 31 Disember 2008 untuk kawasan Parlimen P083 Kuantan, telah dimasukkan semula kedalam daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008 untuk kawasan Parlimen yang sama dan ada pula untuk kawasan Parlimen yang lain.

3. Pemilih yang telah di BERSIHkan nama mereka ini ada pula yang di masukkan semula ke DPI dengan mempunyai IC no yang baru beserta nombor IC lama mereka.

4. Saya juga punya laporan berkenaan aduan pemilih yang telah beberapa kali mengundi di Kuantan tetapi sekarang telah dipindahkan sebagai pemilih dikawasan yang lain tanpa pengetahuan dan bukan disebabkan perpindahan alamat pihak beliau.

5. MEMORENDUM BANTAHAN saya kepada pihak SPR negri Pahang 4hb Mac semalam telah mendapat jawapan bahawa daftar pemilih yang telah di wartakan SPR adalah muktamad dan tidak boleh di persoalkan. (Rujuk Akta Pilihan Raya 1958 Seksyen 9A). Ini adalah bukti bahawa SPR menggunakan undang-undang untuk menutup penipuan mereka.

Dengan itu saya gesa dan saya pohon pihak Polis Di Raja Malaysia untuk membuat penyiasatan keatas Pengerusi SPR, dan Setiusaha SPR berkenaan penipuan SPR ini demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia juga berhak mendakwa SPR diatas penipuan ini.

Saya juga menyeru SPR supaya menjalankan tugas secara telus dan penuh integriti serta tidak diperalatkan oleh Barisan Nasional.

Terima Kasih

Hjh Fuziah Salleh
Calon Parlimen P083 Kuantan
(Ketua Bahagian KeADILan Kuantan)

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive