KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 5, 2008

SAMAN RM10 JUTA KEATAS KHAIRY DAN CHANDRA

Malaysiakini

PKR de facto leader Anwar Ibrahim has instructed his lawyers to initiate defamation proceedings against Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin and former PKR deputy president Chandra Muzaffar over their recent remarks against him.

Apart from a public apology, he is also seeking RM10 million from each for allegedly tarnishing his reputation.

sankara nairAnwar’s lawyer SN Nair (photo) yesterday sent demand letters to Khairy and Chandra, asking them to retract the offending remarks and to give an undertaking that they will not repeat the allegations and comments.

khairy jamaluddinNair pointed out that Khairy (photo), during a ceramah on Feb 20 in Lembah Pantai, had given listeners the impression that Anwar is a homosexual, and a man of low morals who also has no Islamic values.

“The allegations in the articles and the comments against our client amount to a very serious libel on our client and have caused him considerable distress and embarrassment in the light of the case against our client in PP v Dato’ Seri Anwar Ibrahim whereby he was acquitted,” said Nair in the demand letter to Khairy.

“These allegations made against him are false and your attack on him is wholly unjustified.” more...

Merujuk laman web suarakeadilan pula,

Kerana mulut badan binasa. Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengarahkan peguamnya memfailkan tuntutan undang-undang terhadap Timbalan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dan Dr Chandra Muzaffar berhubung kenyataan fitnah dua individu berkenaan baru-baru ini.

Selain dari tuntuan memohon maaf secara terbuka, Anwar Ibrahim juga memfailkan saman RM10 juta setiap satu kerana tindakan mereka mencemar maruah beliau dengan tuduhan berniat jahat.

Bercakap kepada wartawan, peguam Sankara Nair berkata pihaknya telah menghantar surat tuntutan itu kepada Khairy dan Chandra pada 4 Mac lalu, meminta mereka menarik balik tuduhan mereka dan memastikan tabiat buruk itu tidak diulangi lagi dimasa hadapan.

Menjelaskan dua insiden berkenaan, Sankara menunjukkan bahawa Khairy menggambarkan Anwar Ibrahim seorang manusia yang rendah moral, luar tabii dan tidak mempunyai nilai-nilai Islam kepada kelompok pendengar dalam satu ceramah Umno di Lembah Pantai 20 Februari lalu.

Sementara Chandra pula menuduh Anwar Ibrahim “menggalakkan dan mencetuskan perpecahan kaum di kalangan kaum di Malaysia,” dalam satu forum lalu seperti yang dilaporkan akhbar New Strait Times 4 Mac lalu.

Dalam surat firma guaman Nair kepada Khairy, tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim adalah “fitnah yang amat serius dan telah mengganggu ketenteraman klien kami (Anwar), bahkah memalukan beliau, terutama selepas kes Peguam Negara vs Anwar Ibrahim dimana klien kami didapati tidak bersalah dan dibebaskan.”

“Demikian itu, tuduhan-tuduhan pihak tuan terhadap beliau adalah tidak benar dan serangan pihak tuan terhadap klien kami tidak berasas sama-sekali.”

Dalam surat kepada Chandra pula, Nair berkata tuduhan yang dilemparkan adalah jenayah fitnah dan perlu diambil tindakan.

Nair berkata tindakan dua teman sejoli itu adalah “tidak bertanggungjawab” dan didorong oleh kepentingan dengan niat untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap Anwar.

Khairy dan Chandra masing-masing diberi masa 48 jam – dari 4 Mac hingga 6 Mac – untuk memberi jawapan. Sekiranya gagal pihak guaman Anwar diarahkan untuk “mengambil tindakan undang-undang” terhadap mereka.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive