KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 23, 2008

LAGI BUKTI UMNO BIADAP


KEMUKA BANTAHAN: Mohd Sabri sambil diperhatikan Nordiana (kiri) dan Wan Ramlah (kanan) menunjukkan keratan akhbar yang menolak campur tangan istana dalam pelantikan Menteri Besar pada sidang media di pejabat Umno negeri, semalam.

bharian
Pelantikan MB Terengganu tertangguh hampir dua minggu selepas watikah dikeluar

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Terengganu semalam sebulat suara membantah dan menolak campur tangan istana dalam pelantikan Menteri Besar yang tertangguh hampir dua minggu sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, pada 8 Mac lalu.

Ketua Pemuda negeri, Mohd Sabri Alwi, berkata pihaknya mendakwa campur tangan istana menyebabkan pelantikan Menteri Besar yang sepatutnya sudah berlangsung minggu lalu tertangguh dan keadaan itu menjejaskan pentadbiran negeri.

Justeru, katanya, semua sayap Umno negeri bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Mubarak) dan 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional berdiri teguh menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Idris Jusoh, untuk terus menerajui Terengganu.

"Sebab itu kami sebulat suara menyatakan pendirian menolak campur tangan istana dalam pelantikan Menteri Besar.

"Kita berasa malu kerana negeri lain yang jadi pembangkang sudah ada Menteri Besar sedangkan Terengganu yang menang dua pertiga majoriti sehingga sekarang belum melantik Menteri Besar.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mengeluarkan watikah untuk buat pelantikan tetapi oleh kerana ada masalah di istana dan ada campur tangan istana sehingga tertangguh pelantikan itu," katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Umno negeri, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Wanita negeri, Senator Wan Ramlah Ahmad; Ketua Puteri negeri, Senator Nordiana Shafie; dan Yang Dipertua Mubarak, Datuk Ahmad Sidi Ismail.

Mohd Sabri berkata, isu pelantikan Menteri Besar perlu dipercepatkan memandangkan pada peringkat bawah dan akar umbi kini berada dalam resah dan gelisah kerana isu itu tidak dapat dilaksanakan walaupun Perdana Menteri sudah mengumumkan pembentukan Kabinet, termasuk pelantikan Menteri Besar di negeri yang dikuasai pembangkang.

"Kami tahu tidak ada calon lain, tidak ada alternatif lain... tiada pilihan kedua dan pilihan ketiga dan hanya ada satu pilihan iaitu Idris,” katanya.

2 comments:

nasa said...

Apa nak dimalukan kalau negeri pembangkang sudah ada menteri besar tapi terengganu belum? Yang sepatut dimalukan ialah walaupun mereka pembangkang, mereka taat kepada raja tapi tidak bagi kamu UMNO PENDERHAKA KEPADA BANGSA MELAYU.

DAULAT TUANKU. INGAT TUANKU, HAMBA RAKYAT YANG TIDAK PIKIR PASAL NAK SPELET DUIT NEGARA INI TETAP BERDIRI TEGUH DENGAN KEDAULATAN KESULTANAN MELAYU DI BUMI TERCINTA INI.TUNJUKKAN SIAPA YANG SEBENARNYA MEMPERJUANGKAN KELANGSUNGAN MELAYU DI BUMI INI, SULTAN ATAU UMNO?

Anonymous said...

yo yo yo...umno....yo..yo...
jom jom jom....pakat lawan sultan...

ha..!!!tp jgn lupa..jgn guna nama melayu....pasal aku tak sokong pon pe yg ko buat...

klo nk lawan sultan tuuu guna nama umno...tau..!!!jgn pepandai guna nama sultan....

pasal sultan yg ko nk lawan tu......raja-raja melayu...!!!!

INGAT SIKET....!!!!!!

Posting terkini

Blog Archive