Radenjowo
Wak teringat satu kisah pengajaran yang pernah diceritakan oleh kawan wak dolu dolu....begini ceritanya,
Seorang tua dilihat menyorong basikalnya dan diatas basikal terdapat sekampit beras. Dibawa masuk dari Siam dan itu lah kerjanya setiap hari. Setiap kali masuk ke Malaysia, orang tua ini akan mengucapkan salam dengan kuat kepada semua pegawai kastam yang bekerja. Dalam senyum senyum, sikastam kastam ni pun sentiasa berfikir. Siapakah orang tua ni dan apa kah kerjanya sebenar? Berpuluh tahun asyik membawa masuk beras setiap hari.
Bila puak Kastam ni semakin curiga, maka ketua Kastam pun suruh lah juak juak kastam ni untuk buat siasatan. "Kita siasat !!!" kata ketua kastam.
Ada antara mereka yang mengekori si tua ni untuk siasat. Maka terkejut lah kastam ni apabila dilihat rumah si Tua ni punya la besar. Macam istana, mewah dan terletak di dalam sebidang tanah yang luas. Beristeri muda lagi seksi.
Bila pulang ke pejabat, si juak kastam pun buat lapuran. Ketua kastam pun terkejut dengan perkembangan ini."Bagus" kata ketua kastam. "Kita buat sekatan, orang tua tu sudah melampau, sewenang wenang menyeludup beras." Marah sangat lah ketua kastam tu kerana si Tua seludup beras sampai kaya dan cemburu si Kastam kerana dia masih duduk di rumah kuarters, 2 bilik dan kongsi 1 bilik air. Sering bergaduh dengan anak kerana si anak lama sangat gosok gigi.
Maka pada keesokan harinya, Seluruh kastam pun sembunyikan diri di dalam semak yang tak sampai 2 kaki tinggi menanti si Tua yang bakal menyeberang pulang ke Siam itu.
Apabila kelibat orang tua itu menyeberang sekatan kastam. Disergahnya orang tua itu. Nasib baik tak terkejut.
Orang tua yang ketakutan itu pun angkat tangan .... macam cerita omputih, bila kena sergah polis. Kastam yang siap dengan senjata dan ramai jumlahnya itu pun mengepung orang tua tersebut.
Dibawa orang tua itu bersama berasnya ke dalam pejabat dan disoal siasat. Kampit beras pun di buka dan tiada apa di dalam, kecuali butiran beras yang berkualiti rendah. Beras yang paling murah dengan harga yang paling rendah. Tiada senjata dan tiada dadah tersembunyi. Maka kastam pun melepaskan orang tua itu dengan hati yang tertanya tanya. Bagaimana dengan hanya sekampit beras sehari, orang tua itu sudah mampu membina mahligai dan menjadi kaya.
Apabila di lepaskan, orang tua tu pun tersenyum kerana di dalam hatinya berkata. Bodohnya kastam. Orang tua tu kini sudah pun tidak mampu membuat kerja itu lagi dan berehat melayan cucu. Begitu lah ceritanya.
Macamana dia jadi kaya? Sebenarnya orang tua tu, seludup basikal dan bukannya beras seperti yang disangka.
Kita tukar cerita tentang Shahidan Kassim yang kini ghairah untuk menjadi Menteri Besar perlis sekali lagi. Marah benar lah kerana Raja Perlis tidak mahu melantik beliau. Dibawanya watikah Memanda Menteri kepada Sultan tetapi tetap di tolak.
Kenapa Ghairah sangat Shahidan Kassim sehinggakan UMNO dan Negara menjadi kecoh sekecoh kecohnya. Perlis bukan lah negeri Besar, malah kedudukan ekonominya pun tak sehebat mana, tapi kelam kelibutnya lebih dari Terengganu. Mungkinkah ada rahsia di sebaliknya? Atau mungkin kah Shahidan sudah seperti orang tua seludup beras seperti yang kita cerita tadi?
Kalau kita pusing Perlis dan bercampur dengan orang disana, rata rata orang Perlis tak suka dengan Shahidan. Wak malas nak cerita lebih sebab banyak sangat cerita tak baik dari yang baik. Apa yang kita perlu fikirkan sekarang adalah sikap Shahidan sudah melampau batas. Melawan Sultan dan Raja hanya kerana ingat UMNO itu hebat dan berkuasa.
Dia berusaha untuk boikot Kerajaan sekiranya Perlis jatuh ke tangan temannya. Begitu lah bongkaknya produk kelahiran UMNO dan BN bila sudah lama berkuasa. Nampak muka macam orang kampung, tapi perangai Tuhan saja yang tau.
Shahidan ni memang muka tak tau malu. Perangai yang sama ketika FAM kecoh dahulu. Konnonya hanya dia yang mampu jadi Presiden FAM dan yang paling sesuai kerja bekerjasama dengan Khairy. Bodeknya hebat, ampunya pun boleh tahan. Tak payah nak malu malu buat kenyataan. Itu lah Shahidan Kassim bekas Menteri Besar Perlis.
Sesungguhnya Sultan Perlis bijak di dalam buat keputusan. Menolak Shahidan adalah usaha untuk menolak keangkuhan UMNO di dalam kerajaan. Kalau dibiarkan Shahidan lebih lama berkuasa, mungkin satu hari nanti PERLIS jadi porak puranda. Nak jadi Presiden FAM, nak terus jadi MB dan sedikit masa lagi mungkin nak jadi Sultan pula. Dari mana mahkluk ni datang agaknya.
Mar 16, 2008
SHAHIDAN KASSIM NAK JADI SULTAN?
Labels: Alahai Shahidan Kassim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Kan senang... kalau awai-awai lg dah undi BA... tengok abang... dah ada MB... Peghelih ngan kedah ni umpama adik dan abang...
abang tolong bimbing adik sama...
Post a Comment