MB: Ternak babi bersih, selamat
Malaysiakini - Projek moden penternakan babi di Selangor dijalankan secara bersih, selamat dan memenuhi piawaian kualiti alam sekitar, kata menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
"Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak," katanya, mengulas kebimbangan orang ramai berhubung projek berjumlah RM100 juta di Kuala Langat.
"Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut."
Menurutnya lagi, projek tersebut telah diluluskan oleh pentadbiran BN bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada 30 Januari, kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum lalu.
Kerajaan baru Selangor bawah Pakatan Rakyat, kata Abdul Khalid lagi dalam satu kenyataan, meneruskan projek memandangkan kawasan Ladang Tumbuk telah menjadi tapak ladang utama penternakan babi utama di negeri.
"Ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kerajaan negeri Selangor," tambahnya.
Apabila wujud projek ini, kata Abdul Khalid lagi, tiada ladang-ladang baru khinzir akan diluluskan di Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini diarahkan memindahkan operasi mereka ke projek tersebut. more...
No2umnO - Apaaaaa ........ ???? Khir Toyo ......???? No Comment.
APA MACIAM... SUDAH NAK RUNDING????
33 minutes ago
1 comments:
khirr....khirr....khinrrr....apa..????
eermm.....selaras denagan nama nye...
haha.....
Post a Comment