kudaranggi - Hasrat YTL Corporation nak bangun sistem kereta api (tren) laju antara Kuala Lumpur dan Singapura harus difikirkan tentang pihak mana yang bakal meraih keuntungan. Malaysia atau Singapura?
Tren yang dikatakan dapat menuju destinasi sama ada dari KL mahupun Kota Singa dalam tempoh masa 90 minit itu bakal meninggalkan kesan mendalam kepada kedua-dua negara jika dilaksanakan.
Jika diteliti, yang bakal meraih faedah dan keuntungan yang lebih besar ialah Singapura, bukan Malaysia.
Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) akan terjejas teruk sekiranya wujud satu sistem pengangkutan laju seperti tren yang dicadangkan itu. Sebaliknya, lapangan terbang Changi akan mendapat faedah. Akibatnya, KLIA akan menjadi sebuah lapangan terbang gajah putih.
Bayangkan apa yang boleh ditawarkan oleh pihak Singapura terutama syarikat penerbangan Singapura (SIA) sekiranya wujud perkhidmatan tren laju antara KL dan republik itu. Dengan tawaran yang cukup menarik, para penumpang sudah tentu akan memilih untuk ke Changi dan tidak lagi ke KLIA untuk ke destinasi antarabangsa.
Pihak Singapura juga pasti akan mengadakan beberapa pakej percutian dan pelancongan dengan menawarkan sama perkhidmatan tren laju sebagai salah satu tarikan. Malaysia juga boleh berbuat demikian tetapi daya tarikan melalui Changi jauh lebih besar dan lebih banyak berbanding KLIA. more...
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
6 hours ago
1 comments:
LEBIH ELOK DIBATALKAN SAJA PROJEK TREN NI, BANYAK SYARIKAT MALAYSIA AKAN GULUNG TIKAR BERBANDING MANFAATNYA BILA SIAP KELAK, HARAP KAJIAN YG LEBIH MENDALAM....KONTOT
Post a Comment