harakahdaily - Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibung Tebal terus parah apabila 120 orang keturunan India beralih angin menyertai Kelab Penyokong PAS kata, Setiausaha PAS Cawangan Changkat, Aziz Ramli.
Ujarnya lagi, kemelut dalaman BN dan MIC membuatkan mereka yang tinggal di tiga kawasan estet bertindak demikian kerana kecewa terhadap lakonan yang sengaja dimainkan oleh kepimpinan atasan semata-mata untuk kepentingan kroni.
Kata beliau, PAS Cawangan Changkat berbesar hati apabila sekumpulan masyarakat India sudi bertemu sekali gus meminta borang untuk menjadi ahli kelab.
"Melihatkan perkembangan yang membanggakan itu, satu majlis penyerahan borang telah diatur untuk mereka bertemu pemimpin kita. Mereka bertekad mencari lebih ramai lagi ahli untuk memastikan Pakatan Rakyat terus menang di Parlimen dan Dun Sungai Bakap serta merampas Dun Sungai Acheh pada pilihan raya umum ke-13 nanti," terangnya. ... selanjutnya.
HARAM BANTU PEMFITNAH.
5 minutes ago
0 comments:
Post a Comment