tranungkite - Param Cumaraswamy bekas rapporteur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) mencangkan kerajaan menahan Dr. Mahathir dibawah ISA.
Param mencadangkan kerajaan menggunakan ISA kepada Dr. Mahathir berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri tersebut di Johor pada 17 Mei yang lalu. Klik disini dan disini.
Dalam ucapan tersebut, Mahathir dikatakan memberi hasutan yang boleh membangkitkan sentimen perkauman.
Memang benar, ucapan Mahathir tersebut mengapi-apikan sentimen perkauman. Begitu juga dengan pemimpin Umno, MCA, MIC ketika perhimpunan parti mereka.
Sebagai orang yang menentang ISA secara prinsip, cadangan yang dikeluarkan oleh Param itu amat menyedihkan.
Jika kita menentang ISA dan tahanan tanpa bicara, mengapa perlu kita sokong ISA digunakan terhadap musuh kita? Jika ini yang berada difikiran kita, ertinya ISA bukan ditentang kerana ianya zalim tetapi ianya ditentang hanya apabila teman-teman atau ideologi politik yang disokong menjadi mangsa.... selanjutnya.
HARAM BANTU PEMFITNAH.
31 minutes ago
0 comments:
Post a Comment