BARISAN hakim ICJ (kanan) bersama wakil kerajaan Malaysia dan Singapura (kiri) semasa pengumuman keputusan tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh di The Hague semalam.
THE HAGUE - Mahkamah Keadilaan Antarabangsa (ICJ) semalam menetapkan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks).
Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatin (South Ledge) adalah milik negara di mana terletaknya perairan wilayah.
Penghakiman itu menamatkan pertikaian selama 28 tahun antara Malaysia dan Singapura berhubung pulau itu, yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca, dan juga dua terumbu karang itu.
Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor.
PETA kedudukan Pulau Batu Puteh , Middle Rocks dan South Ledge.
Kedua-dua negara telah memberi jaminan akan akur dengan keputusan ICJ, badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa Bersatu. Keputusan mahkamah itu adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.
Malaysia dan Singapura juga berulang kali menyatakan bahawa apa sahaja keputusan tidak akan menjejaskan hubungan dua hala.
Penghakiman itu dibacakan oleh Naib Presiden ICJ Shawkat Al-Khasawneh, yang bersama dengan 15 hakim lain, telah mendengar penghujahan dari kedua-dua negara pada perbicaraan kes itu dari 6 hingga 23 November tahun lepas.
Barisan hakim memberi undian 12-4 yang berpihak kepada Singapura untuk hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, manakala Malaysia pula melalui pengundian 15-1 mendapat Terumbu Karang Tengah. - Bernama
no2umno - masa membataskan. Aku dapat rasakan ada yang tidak kena pada masa lampau. Seperti yang berlaku pada perjanjian air ke singapura. adakah WPI akan menjadi perkara yang sama. Akibat bodohnya pemimpin, menyusahkan jenerasi rakyat akan datang .... terus terang sikit la sikit ...
KENAPA ANWAR DISERANG WALAUN ?
4 minutes ago
3 comments:
ini baru pulau kecik...dah pindah ke tangan Singapore.... coming soon WPI Johore.... kali ni dalam Mahkamah PBB WPI akan pindah ke tangan Singapore atas alasan PRE OCUPIED macam Israel... hehehehe HIDUP MELAYU....kesiannnn....
wak tolong hebahkan kenyataan pm singapura pm lee yang sinis ni..
...channelnewsasia.....'PM Lee pleased with ICJ's ruling on Pedra Branca'....PM Lee is glad that this problem is now cleared. He will be writing to Prime Minister Abdullah to express his thanks to him - that both countries have been able to work together to resolve this problem "and we can now go on to develop our cooperation in many areas, such as the Iskandar Malaysia project"......nampaknya lepas pulau batu putih next target singapura ialah johor bahru.... tolong selamatkan negara kita
salam....
memula pulau batu putih....
lepas nie WPI la pulak...
dan sejarah akan menjadi saksi...
satu2 wilayah negara kita dibawah BABI NEGARA nie akan diambil singapura...
dulu singapura milik kita,skang batu putih milik singapura,akan datang WPI..
jadi mmg betol la dalam lirik lagu warisan...
antara bait2 lagu die...
"BUMI DIPIJAK MILIK ORG"
x lama lagi org2 johor boleh la nyanyi ramai2...
kesiannnnnnnnnn diaaaaaa!!!!
Post a Comment