bernama - [...] "Bila harga minyak naik begitu tinggi sekali, kita mahu tidak mahu, kita tidak ada pilihan melainkan untuk melihat pada skim subsidi itu dikaji semula.
"Ini supaya beban subsidi itu dapat dikurangkan kerana kita sudah sampai pada keadaan di mana jumlah subsidi tiap-tiap tahun untuk bahan minyak, gas dan keperluan lain sudah pun melebihi jumlah yang kita belanja untuk pembangunan setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Khatam Al-Quran, Berkhatan dan Bertindik di Sekolah Kebangsaan Sri Maulana di sini, hari ini.
Harga minyak mentah dunia melonjak kepada AS$138 setong semalam. Najib, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Minyak, berkata kaedah subsidi yang baru untuk bahan minyak dan gas akan turut dibincangkan.
"Bila kita dah siap model baru (subsidi) kita akan umumkan tapi prinsipnya ialah bahawa mereka yang berpendapatan rendah akan terus mendapat subsidi yang pada tahap munasabah dan mereka yang berpendapatan tinggi atau menggunakan bahan minyak berlebihan akan terpaksa membayar pada harga yang lebih tinggi," katanya.
Najib berkata perlaksanaan skim baru subsidi itu tidak akan dilakukan secara mengejut sebaliknya secara berperingkat serta mengambil kira kemampuan rakyat.
Beliau berkata kerajaan juga akan memastikan kenaikan kos lain termasuk bahan makanan ditangani.
"Kalau bahan makanan ini dapat dipertahankan maknanya rakyat tidak akan merasa bebannya," katanya.
Ditanya sama ada skim subsidi baru itu akan dikaji semula jika harga minyak dunia kembali turun, Najib berkata: "Kalau turun kita kaji baliklah tapi tidak ada tanda nak turun, tanda nak naik ada".... selanjutnya.
HARAM BANTU PEMFITNAH.
15 minutes ago
0 comments:
Post a Comment