KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 24, 2008

Keluasan Batu Puteh hanya separuh padang bola sepak ....tapi

Bharian - Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura hampir 30 tahun adalah sebesar separuh padang bola sepak, yang terletak di luar pantai tenggara Pengerang, Johor.

Pulau seluas 2,000 meter persegi terletak di pertemuan Selat Johor dan Laut China Selatan itu menempatkan Rumah Api Horsburgh, menjadi rebutan antara kedua-dua negara sejak 1979.

Pulau Batu Puteh terletak kira-kira 12.8 kilometer dari Pengerang, Johor dan 64 kilometer ke timur Singapura. Batuan Tengah dan Tubir Selatan secara geologi bersambung dengan Pulau Batu Puteh.

Jarak antara Pulau Batu Puteh dengan Batuan Tengah ialah 0.96 kilometer manakala jarak Pulau Batu Puteh dengan Tubir Selatan kira-kira empat kilometer. Jarak antara Batuan Tengah dengan Tubir Selatan ialah tiga kilometer.

Pada 1979, Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim meliputi Pulau Batu Puteh sebagai wilayahnya kerana mendakwa Kesultanan Johor tidak pernah menyerahkan pulau itu ketika menyerahkan Singapura kepada British pada 1824.
Pulau itu diserahkan kepada British untuk tujuan pembinaan Rumah Api bagi memudahkan laluan kapal melalui perairan berkenaan.

Berikutan itu, Malaysia dan Singapura bersetuju membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2003. ICJ mula membicarakan tuntutan terhadap pulau itu pada 6 November 2007.

Singapura diberikan empat hari antara 6 dan 9 November 2007 untuk menggulung hujah lisan pusingan pertama, sementara Malaysia diberikan giliran pada 13 hingga 16 November 2007.

Pusingan kedua oleh Singapura pada 19 dan 20 November dan Malaysia pada 22 dan 23 November 2007.

Delegasi Malaysia terdiri daripada ejen Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad; ejen bersama, Datuk Noor Farida Ariffin, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Rastam Mohd Isa serta wakil kerajaan Johor, Datuk Hamsan Saringat.

Delegasi Singapura pula terdiri daripada Timbalan Perdana Menterinya, S Jayakumar; Peguam Negara, Chao Hick Tin dan ejen Singapura, Prof Tommy Koh.

Berikut adalah antara hujah Singapura kepada ICJ iaitu negara itu menduduki Pulau Batu Puteh atau yang dipanggil Pedra Branca lebih 130 tahun sejak 1840 tanpa sebarang bantahan dari Malaysia.

Sepanjang tempoh itu, negara itu menyelenggara Rumah Api Horsburgh dan kemudahan lain di pulau berkenaan, selain membantu kapal yang belayar di kawasan itu dengan selamat.
Dalam tempoh 130 tahun itu juga Malaysia tidak pernah menuntut hak ke atas Pulau Batu Puteh, terutama pada 1965 ketika Singapura menjadi sebuah negara merdeka serta mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau di dalam wilayahnya.

Singapura mendakwa memorandum pemangku Setiausaha Kerajaan Johor pada 1953 yang menyatakan negeri itu tidak membuat sebarang tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh yang ditadbir Singapura. Malah, dalam peta Malaysia sebelum 1974, menunjukkan pulau itu milik Singapura.

Malaysia mengemukakan hujah yang antaranya faktor sejarah dengan keterangan kukuh membuktikan perjanjian Johor-British dan British-Belanda pada 1824, mengesahkan Sultan Johor mempunyai hak milik asal terhadap Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Malaysia menafikan Pulau Batu Puteh adalah ‘Terra Nullius’ iaitu tidak bertuan seperti yang didakwa Singapura kerana pulau itu adalah tempat nelayan untuk berlindung apabila berhadapan dengan ribut kencang dan ancaman lanun.

Malah, perairannya menjadi kawasan penangkapan ikan yang strategi bagi Orang Laut di Pengerang dan Teluk Ramunia, Johor. Malaysia turut mengemukakan tujuh dokumen bertulis untuk mengukuhkan hujah mereka. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive