tranungkite - Sultan Sir Ibrahim Sultan Abu Bakar (17 September 1873 - 8 Mei 1959; gelaran penuh: Sultan Ibrahim al-Mashur ibni al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar) memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959.
Baginda merupakan sultan yang ke-22 di negeri Johor, Malaysia, dan yang ketiga di bawah Wangsa Bendahara. Wangsa Bendahara telah dimulakan dengan bantuan pihak British di bawah Sir Stamford Raffles.
Pada 23 Mei 1891, Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 semasa kemangkatan Sultan Abu Bakar. Baginda diisytiharkan sebagai sultan pada 7 September dan dimahkotai pada 2 November.
FAKTOR TIBA TIBA
34 minutes ago
0 comments:
Post a Comment