KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 31, 2008

Ahli-ahli Umno digesa berani desak Abdullah undur

harakahdaily - [...]"Kalau ahli-ahli nak (keluar umno) dan tidak akan rugi apa-apa, dan istihar kami keluar Umno dengan syarat kalau umno tukar kepimpinan kami akan kembali kepada Umno, ini sahaja cara berkesan untuk mengusir dia (Abdullah Badawi)," katanya di hadapan hampir 1000 peserta yang mengikuti wacana 'Suntikan Semangat Satria Tun Mahathir' anjuran Minda Melayu Kreatif Kelab Cinta Amanah Melayu Arena PJS14 di sebuah hotel di Petaling Jaya pagi tadi.

Tegasnya, peletakan jawatan oleh Abdullah lebih berkesan jika wakil Rakyat Umno sanggup bertindak sedemikian seperti ahli Umno yang lain.

Dalam pada itu, Mahathir juga tidak percaya pada pemilihan Umno pada bulan Disember nanti yang akan berjalan secara telus.

"Kita tidak boleh harapkan kepada ketua-ketua bahagian kerana mereka mempunyai kepentingan tertentu.

"Nanti kalau saya sokong, saya tidak dapat itu..tidak dapat ini..," katanya yang diikuti sorakan gemuruh oleh hadirin.

Sehubungan itu, beliau juga menegaskan tidak akan menubuhkan parti lain sebaik keluar Umno minggu lepas kerana jiwanya masih kepada Umno. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive