tranungkite - [...] Kebiasaannya pemegang konsesi akan memagar sepanjang ROW mereka yang juga menandakan kawasan selenggaraan mereka. Kawasan diluar ROW mereka tidak akan diselenggara. Selalu kita dapati di lebuh2 raya ada papan tanda mengenai kawasan selenggaraan sesuatu pemegang konsesi ini.
Berbalik kepada isu dimana telah ada jalan sedia ada yang direntasi oleh lebuh raya, biasanya pihak lebuhraya mesti menyediakan jalan gantian atau terowong untuk melintasi lebuh raya tersebut. Namun ini semua bergantung kepada tender yang telah dipersetujui antara mereka dengan kerajaan. Jika dalam tender tersebut tidak ada jalan gantian, terowong atau apa2 penyelesaian kepada jalan sedia ada yang dipintas oleh lebuh raya ini, maka kesalahan tersebut terletak kepada pihak kerajaan yang meluluskan rekabentuk lebuh raya itu. Harus diingat, jalan gantian atau terowong ini adalah untuk melintasi lebuhraya, bukan untuk memasuki lebuh raya. Lebuh raya hanya boleh dimasuki melalui laluan2 (exit) yang telah ditetapkan sahaja.
Sekiranya semasa pembinaan lebuh raya tersebut, jalan pintas yang menjadi pertikaian penduduk BMC ini belum wujud, maka mereka tidak berhak mengganggu lebuh raya GS.
Kemungkinan jalan pintas tersebut dijanjikan oleh Narajaya Sdn Bhd (Pemaju BMC) tetapi tidak dapat dilaksanakan tanpa persetujuan GS.... selanjutnya.
May 31, 2008
Isu BMC - GRAND SAGA sebenarnya bukanlah rumit...
Labels: Grand Saga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment