harakahdaily - [...] "Penduduk rasa hairan kenapa pemaju tidak peduli langsung keputusan YDP tempoh hari. Selepas keputusan bersama dibuat, pemaju terus buat kerja sampai malam.
"Semalam, penduduk membertahu MPSP mereka datang menghalau pekerja di situ tapi tidak diendahkan," jelas jurucakap penduduk, Amirudeen Saidu Mohamed pada Harakahdaily petang tadi.
Sepatutnya, pihak pemaju mengambil langkah mengikut sahaja keputusan tersebut tetapi sebaliknya lain pula berlaku seolah-olah ada pihak yang menjadi dalang sehingga membuatkan mereka begitu berani bertindak membelakangkan arahan YDP MPSP.
Baru-baru ini Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairuz Khairudin mengadakan lawatan ke tapak berkenaan dan mendapati lorang 6,7 dan 8 Taman Sutera Prima retak teruk dan ada antaranya tidak boleh diduduki di ruang atas rumah bernilai RM173 ribu itu.
Keadaan ini terus meresahkan penduduk kerana bantahan mereka tidak dihiraukan oleh Adun Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah untuk menyuarakan hak penduduk yang diwakilinya walaupun diajak berunding.... selanjutnya.
May 31, 2008
Pemaju besar besar engkar persetujuan bersama
Labels: Penang Politics
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment